
PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu
adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad
dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua
bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi
diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu
membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah
memfitnah dalam masyarakat.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada
perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa
rendahnya moral si pelaku.Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segalapertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diridikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.
Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin
membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula
ingin membuktikan dia tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment