Sunday, May 31, 2009

SELAMAT BERPISAH DAN BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Tarikh 5 Jamadul Akhir bersamaan 29 MEI 2009 merupakan hari terakhir Ustazah Mazlina menjadi guru di SKTI..Ini adalah kerana beliau akan berpindah dan bertugas di Johor mengikut suami tercinta. Berkat kesabaran beliau selama 5 tahun menuggu saat bahagia ini setelah melalui pelbagai dugaan dan ujian ,akhirnya Allah telah mengabulkan doa dan hasrat beliau dan suami. Mulai semester ke 2 sesi persekolahan beliau akan mula bertugas di sekolah yang baru.. Pemergian beliau diraikan dalam satu majlis jamuan tengahari dalam suasana yang amat MENGHARUKAN tapi meriah.

Ustazah Mazlina bt Othman seorang guru j-QAF ambilan 2005 mula berkhidmat di SKTI sebagai guru j-QAF(P.I.) pada bulan Februari tahun 2005. Kini genaplah 5 tahun usia perkhidmatan dan jasa bakti beliau di SKTI.Beliau mengajar murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 dalam subjek Pendidikan Islam. Kesungguhan dan semangatnya yang tinggi serta tak kenal erti jemu dalam mendidik murid-murid amatlah dihargai.

Sebagai salah seorang guru penasihat Puteri Islam,Kelab Pendidikan Islam dan Pasukan Bolasepak,beliau telah banyak menyumbang tenaga dan ILMU kepada murid-murid dari segi pemantapan aqidah serta kemahiran bermain bola sepak.

Penglibatan beliau dalam membimbing murid-murid dalam kelas TASMIK,KLAQ(kem literasi al-Quran),KBS(kem bestari solat),jurulatih QUIZ untuk Karnival Ihtifal j-QAF sepanjang bertugas di SKTI amatlah dihargai.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggung jawab dan berjiwa penyayang dan senantiasa peka serta keperihatinannya terhadap kebajikan dan perkembangan semasa murid-murid mebuatkan beliau senantiasa disayangi murid-murid.

Sebagai seorang sahabat,belaiu amat disenangi dikalangan warga SKTI. Sikap beliau yang peramah, toleransi dan pemurah membuatkan kami warga SKTI berasa akan ‘KEHILANGAN’ seorang sahabat yang sejati .

Kami berdoa agar kehidupan Ustazah akan bertambah lebih baik dan karier ustazah akan lebih berkembang dan lebih MANTOP ketika bertugas di sekolah baru. Segala peristiwa pahit,manis,suka dan duka ketika ustazah berada di sini diharapkan dapat diabadikan dalam kenangan. Semoga ukhwah yang terjaliin antara kita akan kekal ke akhirat nanti.Insyaallah.

Dipohon kemaafan sekiranya di antara kita ada tercetus ‘pertelingkahan’ yang membawa kepada ketidakselesaan. Semoga semua ini dapat dipadamkan terus dari sanubari .

Wednesday, May 27, 2009

SP CHART

Assalamualaikum....satu lagi kemudahan untuk guru2 sekalian saya upload kan disini...SEMOGA BERJAYA...jika ada apa2 masalah sila beritahu....

MUAT TURUN(BI)
MUAT TURUN (BM)

Tuesday, May 26, 2009

MUAT TURUN : KAJIAN TEMPATAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN




PROGRAM ISIAN DATA PLBS B.INGGERIS

ASSALAMUALAIKOM...
kepada cikgu2 B.Inggeris boleh le cuba program ini untuk mengisi data PLBS murid..
mudah-mudahan program ni dapat membantu cikgu2 sekalian... untuk Download klik disini
SELAMAT BERJAYA

Monday, May 18, 2009

SEJARAH SEKOLAH

1. LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL

Sebelum kedatangan orang-orang Jepun,penduduk di Kampung Tasek menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tembok iaitu kira-kira 5km dari Kampong Tasek.Semasa pemerintahan Jepun,sebahagian daripada kanak-kanak di Kampung Tasek tidak bersekolah kerana kemelesetan.
Selepas perang iaitu kira-kira dalam tahun 1945,pengganas komunis mengancam keselamatan penduduk di Kampung Tasek,menyebabkan sebahagian besar daripada anak-anak kampung ini tidak bersekolah.

Dalam pada itu penduduk Kampung Tasek telah berusaha mendapatkan sekolah untuk anak-anak mereka.Rayuan penduduk Kampung Tasek telah mendapat perhatian kerajaan.Pada masa yang sama seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat,Puan Hajah Mariam binti Sulaiman telah berusaha mendapatkan sekolah untuk kanak-kanak Kampung Tasek.Akhirnya pihak kerajaan telah memberikan kebenaran agar sebuah sekolah diwujudkan di Kampung Tasek.Pihak kereta api tanah Melayu telah membenarkan Stesen Kereta api Tasek dijadikan sekolah dengan sewaan RM10.00.Dengan ini mulai 13 Ogos 1949 anak-anak penduduk Kampung Tasek telah bersekolah di sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Tasek dengan bilangan muridnya seramai 32 orang.Persekolahan di Stesen Kereta Api Tasek ini berjalan kira-kira 23 tahun.Oleh kerana muridnya bertambah khasnya selepas merdeka,maka bangunan kereta api tersebut tidak lagi sesuai dan tidak boleh menampung bilangan murid di samping gangguan serta membahayakan keselamatan murid.

SEKOLAH BARU

Lagi sekali penduduk Kampung Tasek telah merayu kepada pihak kerajaan bagi mendapatkan bangunan baru untuk Sekolah Kebangsaan Tasek.Dengan usaha penduduk-penduduk Kampung Tasek dan setelah mendapat tanah untuk tapak sekolah,akhirnya kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan untuk Sekolah Kebangsaan Tasek di tapak yang ada sekarang.Bangunan baru telah mula digunakan pada 16 Julai 1972 dan dirasmikan oleh YAB Datuk Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat 6 Julai 1973.

Bangunan baru Sekolah Kebangsaan Tasek ini mempunyai 5 bilik darjah sebuah perpustakaan dan pejabat.Bilangan murid-murid sekolah ini bertambah dari setahun ke setahun dan akhirnya tidak dapat lagi menampung murid-murid yang bertambah.Pada akhir tahun 1984,sebuah bangunan tambahan di bawah rancangan Kilat telah didirikan dengan tambahan 6 buah bilik.Dengan adanya bangunan tambahan ini pun masalah kekurangan kelas masih tidak boleh diatasi.Murid-murid sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang.Pada tahun 1988,sebuah bangunan lagi didirikan dengan 4 buah bilik darjah.

Mulai Ogos 1972,Sekolah Kebangsaan Tasek dinaikkan gred A.Pada tahun 1993,Jabatan Pendidikan Perak telah membina sebuah lagi bangunan dengan 2 buah bilik darjah,sebuah makmal sains dan sebuah bengkel kemahiran hidup di bawah Rancangan Kilat.Pada ketika itu,Sekolah Kebangsaan Tasek mengandungi 15 buah bilik darjah dengan jumlah murid seramai 1127 orang dan guru seramai 50 orang.Sekolah Kebangsaan Tasek masih menyediakan dua sesi persekolahan.bilangan murid-murid sekolah ini terus meningkat seramai 1230 orangpada tahun 1996.

Mulai awal tahun 1997,sebuah sekolah baru telah siap dibina di Kampung Seri Kelebang yang jaraknya 5 km dari Sekolah Kebangsaan Tasek.Dengan wujudnya sekolah tersebut seramai 610 orang murid tahun 1 hingga tahun 5 yang tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang.Dengan itu,jumlah murid yang tinggal di SK Tasek hanya 710 orang.Pada tempoh ini juga pihak pentadbir sekolah dengan kerjasama guru-guru telah mewujudkan Pusat Sumber Elektronik hasil sumbangan 12 buah komputer oleh Tasek Cement Bhd.,surau,makmal sains,bengkel kemahiran hidup serta pembesaran bilik guru SK Tasek.

Bandaraya Ipoh terus membangun selari dengan pertambahan kawasan perumahan serta bilangan penduduknya.Menjelang 2001 sebuah lagi sekolah baru telah dibangunkan di kawasan berdekatan iaitu SK Tasek Dermawan yang terletak di perkampungan tersusun Tasek berdekatan Bercham.Sekali lagi murid-murid SK Tasek perlu dirombak dan murid-murid berdekatan berpindah ke sekolah berkenaan.Seramai lebih kurang 120 orang murid serta 4 orang guru telah beralih ke sana pada 6 Mei 2002 menjadikan bilangan murid SK Tasek semakin berkurangan.

Pada berikutnya SK Tasek Damai pula wujud dengan kecanggihan bangunannya.Sejumlah kecil murid SK Tasek beralih tempat ke sana pada 9 Jun 2003 supaya lebih hampir dengan tempat tinggal masing-masing.

Dengan kemerosotan bilangan murid di bawah paras 500 orang SK Tasek telah beralih gred ke gred B mulai Julai 2002.Setelah dipertimbangkan secara rasional pihak pentadbir sekolah telah mengambil langkah untuk mewujudkan sekolah satu sesi bermula 2005 dengan 13buah kelas atau bilik darjah dan satu kelas pra sekolah (bermula pada 2004)selepas membuat beberapa pengubahsuaian bilik guru dan bilik darjah.Sehingga Jun 2005 SK Tasek mempunyai 467 murid dan pengajaran dan pembelajaran dalam satu sesi sahaja bersama 26 orang guru,4 orang kakitangan dan 5 orang pekerja swasta.


Terbaru iaitu pada 1.7.2008 SK Tasek mempunyai seramai 31 orang guru,5 orang kakitangan sokongan dan 5 orang pekerja am swasta .

LAGU SEKOLAH

HIDUP BERJASA DAN BERILMU
TAAT SETIA PADA RAJA
RUKUN NEGARA PANDUAN KITA
MENJADI RAKYAT BERGUNA

PELAJARAN KAMI TIDAK LUPAKAN
AGAMA JADI PEGANGAN HIDUP
MENGHORMATI GURU-GURU KAMI SENTIASA
MENJALANKAN TUGAS DENGAN IKHLAS

MARILAH LENGKAPKAN HIDUP KITA
KEBERSIHAN DIUTAMAKAN
SEKOLAH KAMI SELALU KENANGKAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK IPOH

LOGO SEKOLAH


1. WARNA

Merah : Melambangkan keteguhan semangat,keberanian dan ketabahan menghadapi dunia penuh cabaran.

Kuning : Melambangkan sinaran kecemerlangan pada masa hadapan serta berada di bawah pemerintahan beraja

Hijau : Agama Islam ialah agama rasmi negara yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.

2. LAMBANG

Huruf SKTI : Huruf ringkas Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh.

Obor : Melambangkan penyuluh ilmu dan penyertaan dalam bidang sukan kokurikulum.

Bulatan : Melambangkan warga sekolah yang berbilang bangsa sentiasa komited, bersatu padu dan bekerjasama menuju satu matlamat.

Cogan kata : HIDUP BERJASA DAN BERILMU


Friday, May 15, 2009

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Tasek Terbilang menjelang 2010


MISI

Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan untuk melahirkan murid-murid yang berjaya melalui bidang:

a) Pengurusan dan kepimpinan yang cekap dan berkesan,
b) Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan mencapai keputusan terbilang dalam setiap peperiksaan,
c) Sahsiah yang berasaskan program pembangunan modal insan,
d) Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif,
e) Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi, jati diri dan integrasi nasional.



Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers