Friday, December 30, 2011

Matematik

Saturday, November 19, 2011

Monday, November 14, 2011

Saturday, November 5, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Sunday, August 21, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK BULAN PENYUCIAN JIWA


Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa

Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.

Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Friday, August 12, 2011

''IHYA RAMADHAN''





Genap 11 hari kita telah sempurnakan ibadah puasa.Kini masuk hari ke 12 kita menjalani ibadah tersebut.Alhamdulillah.

Dengan usahasama panitia Agama Islam dan warga SKTI,semua aktiviti yang dirancangkan telah dapat dijalankan dengan baik sekali.Tazkirah pada perhimpunan pagi Isnin dan Jumaat dapat memanfaatkan semua murid dan guru.

Program TADARUS al-Quran di kalangan murid-murid berlangsung di dalam surau sekolah pada waktu rehat.Manakala,guru-guru pula dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang guru agama Islam setiap kumpulan tersebut.

Nampaknya masing-masing kumpulan mengambil semua peluang masa lapang untuk bertadarrus.Bagi yang kurang mempunyai masa lapang bersama telah berkumpul pada waktu selepas sesi persekolahan.Alhamdulillah. semoga budaya ini akan berterusan sampai bila-bila.Peluang begini bukan mudah ditemui pada bulan-bulan lain selain Ramadhan.

Wednesday, August 3, 2011

''SELAMAT BERTUGAS DI S.K.T.I.''


Assalamualaikum. Kami warga SK TASEK IPOH,dengan sukacitanya mengalu-alukan serta mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Guru Besar baru iaitu Encik MOHD HASNUL HISHAM BIN HANAFI @ NGAH yang menggantikan Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail yang telah bersara.

Semoga dengan kedatangan beliau ke SK TASEK IPOH,dapat menyumbangkan kepada peningkatan dalam semua perkara di SKTI serta segala VISI & MISI sekolah dapat di REALISASIkan.InsyaALLAH.

Kami,warga SKTI akan memberi sokongan padu kepada beliau dalam apa jua USAHA yang beliau akan jalankan demi mempertingkatkan prestasi AKADEMIK & SAHSIAH .InsyaALLAH....

BIODATA RINGKAS GURU BESAR

Nama :
MOHD HASNUL HISHAM BIN HANAFI @ NGAH

T/Lahir :
17.05.1970

Sekolah :
Tahun 1 hingga 6 (SK Methodist Malim Nawar)
Ting 1 hingga 5 (SMK Malim Nawar)
Ting 6 (SMK Seri Kampar)

Maktab :
Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (92/94)

Opsyen :
Pengajian Melayu

Pengalaman Mengajar :
1. SK Changkat Tualang
(01.01.1994 hingga 17.07.2011)
1996 (Guru Kanan Pentadbiran)
2. SK Tasek ipoh
Guru Besar mulai 18.07.2011.


Nama Isteri :
FARIDAH BINTI SHAMSURI

Nama Anak-anak :
1. Nur Nadirah (15 tahun)
2. Nur Nabilah (13 tahun)
3. Muhammad Haziq (10 tahun)
4. Muhammad Hazim (3 tahun 7 bulan)












Sunday, June 19, 2011

''JASAMU DI S.K.T.I. DIKENANG''



Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami warga Tasek lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu serta semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami,warga Tasek
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami warga Tasek lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di S.K.T.I.
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Thursday, May 26, 2011

Monday, May 16, 2011

Friday, April 8, 2011

"WHAT YOU GIVE YOU GET BACK!!!"



Wahai ikhwah yang dimuliakan... ketahuilah bahawa kalau kita layan orang dengan baik, orang juga akan layan kita dengan baik. Al-Insan abdul ihsan, manusia adalah hamba kepada kebaikan.

Dalam menyampaikan kebenaran, yang lebih penting dari pada isi kandungan kebenaran itu, adalah bagaimana ia disampaikan. Kerana, apabila kebenaran disampaikan dengan cara yang salah, bukan sahaja akan ditolak, malah dimusuhi dan diperangi oleh orang yang menerimanya.

Seorang manusia takkan pernah menjadi sempurna. Seorang manusia pasti penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Seorang manusia, seandainya dicari-cari kelemahan dan kekurangannya, pasti akan ditemui.

Seandainya seorang da'ie bersikap mencari-cari kelemahan dan kekurangan orang lain, maka dia hanya akan membawa manusia kepada kehancuran. Sekiranya seorang dai'e melayan orang lain seperti sampah, dia juga akan dilayan seperti sampah kembali. Sekiranya seorang da'ie melayan seseorang seperti buah catur, dia juga akan di layan kembali seperti buah catur.

Perhatikan sikap semulajadi manusia apabila dia berhadapan dengan bayi, dia akan bersikap seperti bayi untuk berkomunikasi dengan bayi. Begitu juga sikap seseorang apabila berhadapan dengan anak-anak kecil, akan masuk ke dalam dunia anak kecil untuk merapati mereka.

Sekiranya anda menutup mulut anda dari menceritakan keburukan seseorang, seperti itulah keaiban anda akan ditutup oleh orang lain.

Ya akhil karim... anda adalah seorang da'ie... bertindaklah seperti seorang dai'e...

Wahai saudaraku yang dimuliakan... bukan kerja kita mencari kelemahan orang lain... bukan kerja kita mencaci kelemahan orang lain... kerja kita adalah berbaik sangka... memuji kebaikan yang ada pada dirinya... membesarkan hati, bukan menutup pintu kebaikan...

Kalau anda temukan kelemahan pada diri seseorang, ketahuilah anda juga seorang yang lemah...

Kalau anda sanggup menzalimi seseorang atas alasan apa pun... ketahuilah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah SWT... dan percayalah anda akan dizalimi... you'll get back...

Kalau anda memulaukan seseorang... ketahuilah anda juga akan merasa dipulaukan... Allah itu maha adil.. Allah itu sangat adil...

Hadapilah dengan berani segala kelemahan dan kekurangan diri sendiri... akuilah kelemahan itu... tak perlu berselindung dan menyalahkan sesiapa dia atas apa yang terjadi...

Tidak ada siapapun yang sempurna... tidak ada siapapun yang lepas dari kesilapan dan kelemahan... ketahuilah tiada seorang pun yang berkecuali...

Anda memburukkan seseorang hari ini... esok anda akan diburukkan oleh orang pula...

Semua hamba Allah itu selamat... selagi mana keaiban dirinya tidak dia hebohkan kepada manusia... dan cara paling cepat untuk menghebahkan kekurangan diri sendiri adalah apabila anda menghebahkan kekurangan orang lain... kerana orang yang selalu mengutuk orang lain, adalah orang yang akan dikutuk juga...

What you give, you'll get BACK!

Memang susah nak mengakui kelemahan diri sendiri... malah ia boleh menarik kita kepada perasaan sudah sempurna... semua orang lain yang bersalah.. aku seorang sahaja yang bebas dari kesalahan... semua orang lain bodoh.. aku seorang sahaja yang pandai... semua keburukan yang berlaku adalah salah mereka sendiri... aku langsung tidak bersalah dan tidak akan bersalah dalam apa-apa hal sekalipun...

What you give, YOU GET BACK!

Ketahuilah... kalau begitulah sikap anda kepada orang lain, begitu jugalah perasaan orang lain terhadap anda... apa sahaja yang berlaku semua orang lain tujukan kepada anda... setiap kelemahan, setiap kesilapan, setiap benda buruk yang berlaku, sekecil mana pun dia, semuanya orang lain akan menunding jari kepada anda...

Kerana itulah sikap anda kepada orang lain...

Benci akan dibalas kebencian dan cinta itu buahnya adalah kecintaan.... kekerasan buahnya adalah kekerasan, dan berlembut itu buahnya adalah kelembutan...

Tidaklah al-Hilm itu ada pada sesuatu kecuali akan memperindahkan sesuatu itu, dan tidaklah al-Hilm itu hilang dari sesuatu kecuali akan buruklah sesuatu itu...

What you give, YOU GET BACK!


SUMBER: http://kulidakwah.blogspot.com/

Monday, March 21, 2011

Monday, February 14, 2011

HARI KEIBUBAPAAN 2011


HARI KEIBUBAPAAN telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bersamaan 12 Februari 2011.Ceramah Keibubapaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Salahuddin bin Wan Ahmad Rafai'l.Ceramah yang beliau sampaikan amat TERKESAN dan diharapkan agar kata-kata semangat dari beliau dapat membantu dalam proses pembelajaran pelajar yang melibatkan semua pihak(GURU+ IBUBAPA + PELAJAR).Disamping itu,semoga MATLAMAT program ini untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam UPSR 2011 dengan sokongan ibubapa dapat diREALISASIkan. InsyaAllah,

Sunday, January 23, 2011

"PENGAJARAN DARI KISAH NYAMUK"


Firman Allah ta'ala:
“Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”(QS. Al Baqarah, 2: 26)

Nyamuk sering dianggap sebagai makhluk hidup yang biasa dan tidak penting. Namun, ternyata nyamuk itu sangat berarti untuk diteliti dan dipikirkan sebab di dalamnya terdapat tanda kebesaran Allah. Inilah sebabnya “Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu”.
Ada satu kisah yang menari yang telah berlaku ribuan tahun dahulu, kisah Raja Namrud.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.


SUMBER:http://al-irfan78.blogspot.com/

Monday, January 17, 2011

Program 'TRANSISI'

pProgram TRANSISI yang bermula pada 3 JANUARI 2011 telah dijalankan selama 2 minggu dengan pelbagai aktiviti MENARIK & MENCABAR MINDA serta mencungkil KREATIVITI dalam kalangan murid-murid TAHUN 1..

Aktiviti kemuncaknya ialah SUKANEKA yang telah selesai dijalankan pada hari JUMAAT lalu.Alhamdulillah..

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers