Thursday, March 25, 2010
SIFAT-SIFAT MEREKA YANG MEMPUNYAI KEMANISAN IMAN
عَنْ أَنَسٍ:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
It is reported on the authority of Anas that the Prophet of Allah (may peace and blessings be upon him ) said: There are three qualities for which anyone who is characterised by them will relish the sweetness of faith: he to whom Allah and His Messenger are dearer than all else; he who loves a man for Allah's sake alone; and he who has as great an abhorrence of returning to unbelief after Allah has rescued him from it as he has of being cast into Hell.
Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Sifat sifat Mereka Yang Mempunyai Kemanisan Iman
sumber:Blog MUJAHIFILLAH.blogspot.com
Label:
TAZKIRAH
Sunday, March 21, 2010
TAHNIAH.!!!.....Kelahiran 'PUTERA'....... Ustaz Zool Amri & Ustazah Raihan..
Saat yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran kini telah tiba...Pada hari Sabtu bersamaan 20 MAC 2010,lahirlah cahayamata kedua ,seorang 'PUTERA', hasil perkongsian hidup Ustaz Zool Amri & Ustazah Raihan.ALHAMDULILLAH...
TAHNIAH diucapkan kepada Ustaz Zool Amri & Ustazah Raihan ..Semoga Ustazah Raihan & 'PUTERA' berada dalam keadaan sihat walafiat...Dengan kehadiran 'PUTERA' tersayang ini semoga akan bertambah CERIA + BAHAGIA lagi keluarga Ustaz Zool Amri dan Ustazah Raihan..InsyaAllah..
TAHNIAH diucapkan kepada Ustaz Zool Amri & Ustazah Raihan ..Semoga Ustazah Raihan & 'PUTERA' berada dalam keadaan sihat walafiat...Dengan kehadiran 'PUTERA' tersayang ini semoga akan bertambah CERIA + BAHAGIA lagi keluarga Ustaz Zool Amri dan Ustazah Raihan..InsyaAllah..
Friday, March 12, 2010
Mendidik Jiwa Dengan Sedekah
Hadis Rasulullah SAW mafhumnya: "Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah (jariyah) yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah bermaksud: "Menolak peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah tetapi diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati..." (al-Baqarah: 263)
Firman Allah lagi maksudnya: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada Nya serta kelebihan kurnia Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan Nya." (al-Baqarah: 268)
Rasulullah SAW bersabda juga yang bermaksud: "Setiap makruf itu sedekah, dan orang yang menunjukkan kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya, dan Allah mengasihi orang yang membantu orang yang benar-benar memerlukan pertolongan." (riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya: "Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk (merendah diri) maka Allah akan naikkan darjatnya." (Sahih Muslim)
Allah SWT berfirman bermaksud: "Perumpamaan (nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". (al-Baqarah: 261)
Sumber:http://www.drbadrulamin.blogspot.com/
Label:
TAZKIRAH
Thursday, March 11, 2010
.RUMAH MERAH JUARA LAGI!!!!!TAHNIAH3!!!
Kejohanan Olahraga S.K.T.I. yang ke 31 telah berlangsung dengan jayanya dengan penuh semangat kesukanan dalam kalangan para pesertanya serta warga S.K.T.I. dan P.I.B.G. walaupun diadakan secara tertutup tapi amat meriah sekali.Alhamdulillah..
Rumah MERAH sekali lagi telah menjuarai Kejohanan Olahraga S.K.T.I. untuk tahun ini dengan mencapai prestasi yang lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya..TAHNIAH!!! kepada pasukan RUMAH MERAH yang berusaha gigih untuk mencapai kemenangan yang CEMERLANG..TAHNIAH juga kepada guru-guru RUMAH MERAH yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa melatih murid-murid untuk beraksi dengan penuh semangat..
Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan para peserta rumah BIRU ,KUNING dan HIJAU di atas kegigihan masing-masing melatih dan berlatih..Semoga mencapai lebih cemerlang pada tahun akan datang..InsyaAllah
Saturday, March 6, 2010
GOTONG-ROYONG sempena KEMPEN ANTI DENGGI
Gotong-royong sempena kempen anti DENGGi telah diadakan pagi ini (Sabtu, 6 MAC 2010),yang melibatkan semua warga SKTI dan PIBG..Alhamdulillah segala kerja selesai dalam jangkamasa sepertimana yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)