Wednesday, December 30, 2009

Bahasa Melayu






Jawi

MENGENAL HURUF


MEMBINA SUKU KATA



MEMBINA PERKATAAN



MEMBINA AYAT

Wednesday, December 23, 2009

Bahaya Plastik..







Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut.

Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).


Ketahuilah Fakta2 berikut:
* Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET (yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara.

* Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

* Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

* Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

* KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi.

Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

Jadi, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.


Forest Research Institute Malaysia
52109 Kepong, Selangor,
MalaysiaHotline : +603-62797000

SUMBER:Artikel ini dicopy paste dari :http://simaas.blogspot.com




Monday, December 14, 2009

SIAPAKAH KITA INI???


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan sendiri seperti kerajaan Nabi Sulaiman dan juga tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman dan meredhai atas apa yang menimpanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini disamping mengingfaqkan hartanya kejalan Allah disamping mengamalkan untuk keakhiratan.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa berusaha mencari dan mengumpulkan harta dan lupa kepada Allah.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan dan masih lupa dan lalai daripada memngingati Allah SWT.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.Kubur adalah salah satu taman dari taman syurga dan lubang dari lubang neraka.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa apa-apa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..Minta lindung dengan Allah.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg tidak membaca risalah ini dia tidak menyampaikan pula pada org lain..

Dicatat oleh MOHD

DARI BLOG DIAMBANG MAUT



Wednesday, December 2, 2009

INFO tambahan PERINGATAN buat ANAK-ANAK




kesinambungan kepada topik "MENTAATI IBUBAPA",diharapkan kisah-kisah dalam buku ini dapat mempertingkatkan KETAATAN anak-anak terhadap IBU masing-masing...INSYA-ALLAH.Semoga bagi yang ALPA bahawa SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,akan sedar dan insaf betapa tingginya darjat seorang IBU usepertimana yang Allah sebutkan dalam al-Quran.


mentaati IBUBAPA.....




RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." - (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?". Kami (sahabat) menjawab: "Ya, tentu wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta", Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata "mudah-mudahan baginda diam." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu.

Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT?". Baginda bersabda: "Solat pada waktunya", saya bertanya lagi: "Kemudian apa lagi?". Baginda bersabda: "Berbuat baik kepada kedua orang tua". Saya bertanya: "Kemudian apa lagi?". Baginda bersabda: "Berjihad di jalan Allah." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan.

Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT. Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan: "Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. "Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. "Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.. "Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. "Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan." Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT. Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa.

Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.
....Islam menganjurkan hormat, taat selagi suruhan mereka tidak melanggari hukum syariat...taatilah mereka selagi mereka masih ada....


Sumber:http://generasiharapanislam.blogspot.com/



Monday, November 30, 2009

"PERMATA YANG HILANG"






ASSALAMUALAIKUM WBT..

Rasanyer masih belum terlambat untuk mengucapkan SALAM EIDUL ADHA pada semua pengunjung BLOG SKTI...MAAF DZAHIR + BATHIN..

Insya-Allah esok(1 DISEMBER 2009) dengan rasminya SKTI akan KEHILANGAN sebutir PERMATA iaitu Ustaz Zannuri bin Othman,guru j-QAFF ambilan 2005 (ARABIC OPTIONIST)Memang amat terasa sekali akan pemergian Ustaz Zannuri dari SKTI.

Genap 5 tahun beliau bersama kami warga SKTI dan banyak sekali UJIANs dan CABARANs yang beliau harungi selaku ketua j-QAFFERs selama bertugas di sini..ALHAMDULILLAH segala USAHA beliau dan sahabat-sahabat j-QAFF lain telah dapat mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam sahsiah dan akademik khasnya Pendidikan Islam..

Walaupun berat rasanya bagi kami,warga SKTI untuk melepaskan beliau pergi,namun kami reda dengan pemergiannya untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga tercinta yang telah sekian lama berjauhan darinya..Doa kami mengiringi pemergian Ustaz Zannuri..semoga career ustaz akan bertambah BERKETERAMPILAN lagi tatkala melangkah kaki ke sekolah baru ustaz, SK Kuala Perlis dan tinggal bersama keluarga tercinta.Insya-Allah.

Jutaan kemaafan kami pohon di atas segala kesalahan yang telah kami lakukan(sekiranya ada)ketika ustaz di sini selama hampir 5 tahun..dan gurau senda yang mungkin mencalar hati yang tak disengajakan..oleh kami..Dan harapan kami juga agar ustaz tak akan lupakan kami warga SKTI walau di mana jua ustaz berada..Syukran ya ustaz.




Tuesday, November 24, 2009

di sebalik ungkapan "TAK ADA APA-APA"

Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba Check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati,adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada
apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah
nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri
belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, " Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama
luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang
tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang.
Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu
seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampong menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup
mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.
Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

************ ********* **

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DARI CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA .

.




Friday, November 20, 2009

KAWAL MARAH SIFAT TERPUJI





Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Kebaculan

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?

Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :

• Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa̢۪ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa̢۪ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)
Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.

• Golongan kedua: Ifrath

Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.
Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.
Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.

Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :

1. Mengucapkan Ta̢۪awudz (A̢۪udzu billahi minasy syaithoonir rajeem РAku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.

2. Diam atau tidak berbicara.

3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

• Golongan ketiga: I’tidal

Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.
Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)
Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i̢۪tidal ini.

-MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.



Thursday, November 19, 2009

UPSR 2009

ALHAMDULILLAH....Keputusan UPSR 2009 telah menunjukkan peningkatan..Tahniah kepada pelajar-pelajar yang beroleh kejayaan cemerlang.Juga tak dilupakan, guru-guru yang telibat secara langsung mendidik merkea hingga mencapai kejayaan..


Tuesday, November 17, 2009

H.A.C. SKTI










Setelah penat lelah bertungkus lumus memerah otak mengulangkaji pelajaran dan berhempas pulas menjawab soalan-soalan peperiksaan,akhirnya segala USAHA yang dilimpahkan telah mendapat balasan yang SETIMPAL..Alhamdulillah...

Tampak terserlah KECERIAAN & KEPUASHATIAN pada wajah pernerima anugerah serta ibubapa masing-masing...pada H.A.C. SKTI yang telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 14 NOVEMBER 2009..

Upacara dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan bacaan al-Quran serta terjemahannya.Disusuli dengan ucapan Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail selaku Guru Besar SKTI dan diikuti oleh ucapan YDP PIBG,Encik Fadil. Majlis HAC kemudian dirasmikan oleh Tn.Hj. Ab. Razak bin Hassan selaku Penolong Pengarah BTP negeri Perak.

Kumpulan Kalam Jamaie telah mempersembahkan persembahan mereka sebaik sahaja selesai ucapan perasmian dilaksanakan.Diikuti oleh penyampaian sijil dan tropi kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Persembahan Nasyid sekolah telah menyerikan lagi majlis ini sebelum anugerah cemerlang disampaikan kepada pelajar-pelajar Tahap 2.Lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid ini amat MENYENTUH QALBU terutamanya ketika mereka menyampaikan lagu 'ANAK SOLEH' bilamana terdapat majoriti dalam kalangan ibubapa yang menitisikan airmata ketika mendengar dan menghayati lirik lagu serta suara lunak + mendayu penyanyi utama kumpulan nasyid iaitu adik Daniel..


Para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan ringan setelah acara tamat.

Monday, November 9, 2009

"MENDIDIK HATI"


Hati atau roh merupakan raja dalam ke¬rajaan diri. Justeru itu, hatilah yang harus menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati bererti gagal mendidik dan baiki manusia. Hati mempunyai dua penasihat yakni akal dan nafsu. Jika akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Jika nafsu menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itupun menjadi jahat.

Kelebihan

Anggota lahir hanya sebagai rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya jika hati baik, baiklah seluruh anggota badan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, bila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."

Hati sebagai raja dalam kerajaan diri mempunyai kelebihan daripada semua ang¬gota lahir. Dia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menja¬lankan sistem kehidupan yang sangat luas. Di dalam hati yang bersifat tersembunyi, pemimpinnya juga tersembunyi. Malaikat akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari Allah. Syaitan pula akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari Iblis. Walaupun hakikatnya semua perlakuan dari Allah jua tetapi kita sandarkan yang jahat kepada syaitan dan yang baik dari Allah, mesti tepat dan benar manakala yang datang dari syaitan ialah kekufuran dan tidak baik.

Hati sangat peka, tidak kira kepada yang positif atau negatif. Hati akan merasa bila datang cabaran. Yakni bila ada rangsangan dari luar misalnya, hati yang sensitif akan cepat tersinggung.

Kadangkala kerana kita tidak berhalus atau tidak ambil perhatian pada perjalanan hati maka kita rasa kita sudah baik dan sudah tenang. Tetapi sebaik sahaja datang cabaran atau rangsangan dari luar, barulah terasa yang sebenar. Misalnya, bila orang marah pada kita, bangkit rasa hendak marah balik. Ini menyedarkan kita bahawa kita ada sifat pemarah. Jika tiada rangsangan tadi, kita merasa hati kita sudah baik dan tiada sifat pemarah. Ini terbukti bahawa apabila timbulnya rangsangan dari luar membuat hati merasai sesuatu. Dari situ timbul kesedaran.

Walaupun hati manusia cuma satu tetapi oleh kerana rangsangan yang datang itu pelbagai, maka pelbagai jugalah rasa dan kesedaran. Misalnya bila mendapat satu kejayaan, hati akan menerima satu rangsangan lalu akan merasa sama ada bangga, riya', ujub atau ego dengan kejayaan itu ataupun rasa syukur dan malu kepada Allah. Pada waku merasa itulah hati yang sensitif akan merasa sedar. Sekiranya hati tidak sedar ia sudah berbuat baik, ini satu sifat terpuji kerana tidak akan berbangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sampai hati tidak bersyukur kepada Allah atas keizinannya kita boleh buat kebaikan.Yang paling buruk ialah bila hati tidak sedar ia jahat. Hati tidak sedar, rangsangan yang datang membuatkan ia rasa bangga atau ego. Lebih berbahaya jika hati yang jahat disedari sebagai hati yang baik. Yang empunya hati tidak akan sedar kejahatannya sampai bila-bila dan tidak akan cuba buat perubahan dengan bertaubat. Bahkan akan terus berbuat jahat kerana merasakan dirinya dalam kebaikan.

Rasa hati terbahagi kepada dua. Kedua-duanya merupakan benih yang ditanam oleh Allah S.W.T. ke dalam hati manusia. Inilah fitrah semula jadi. Ia lahir bersama lahirnya manusia. Cuma sama ada ia akan subur atau terbantut, bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. Misalnya di dalam satu kebun, benih jagung telah ditanam, terpulanglah kepada petani untuk menyiram, membaja dan menjaganya. Jika benih itu baik tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh ataupun ia terbantut. Begitu juga dengan hati. Fitrah baik manusia itu, jika tidak disuburkan dari awal, kemungkinan ia mati akhirnya.

Sebaliknya jika awal-awal telah disuburkan, ia akan berakar umbi di dalam hati hingga mudahlah hati itu menjadi baik. Jika sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga. Perasaan yang positif pada hati boleh dibantutkan jika sejak kecil seseorang itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Maka ia akan terpaksa bersusah payah untuk menyuburkannya kembali. Sebaliknya jika benih yang positif (mahmudah) ini dijaga dan disuburkan sejak kecil maka ia akan subur dan tidak payah lagi bersusah payah bila dewasa. Jika perasaan negatif sejak kecil lagi susah disuburkan maka payah pula untuk ditebang bila sudah dewasa kerana pokoknya sudah teguh.

Begitulah juga sifat mazmumah (sifat keji) jika sudah disuburkan dalam hati sejak kecil dan setelah dewasa baru hendak dibuang maka usaha itu amat payah. Antara benih positif (mahmudah) ialah rasa kasih, penyayang, simpati, pemurah, pemalu, rendah diri, hormat, taat, redha dan sabar yang mana semua ini Allah tanam sebagai sifat positif di hati manusia.

Bantut

Benih negatif pula ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, hasad, bakhil, suka buat fitnah dan lain-lain. Jadi manusialah yang perlu berusaha untuk menyuburkan atau membantutkan yang positif dan negatif itu. Benih kejahatan adalah umpama harimau tidur dalam diri manusia sama ada dapat mengawal atau mematikannya . Bila benih mahmudah disuburkan maka benih mazmumah akan bantut atau mati. Jika benih mahmudah yang kita suburkan maka malaikat akan turut membantu menyuburkannya. Maka pada ketika itu bersihlah hati kita. Sebaliknya, jika benih negatif yang kita suburkan maka syaitan akan membantu mengotorkan hati kita maka kotorlah ia.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com



Friday, November 6, 2009

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

PKSR 2 telah berakhir pada Jumaat lalu..Alhamdulillah..Leganyer!!!

Hari ini pula,sekolah kami mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak.Oleh kerana cuaca mendung saja dan berkemungkinan akan hujan pada pagi ini,perhimpunan pagi bersempena sambutan hari Kanak-Kanak diadakan dalam dewan sekolah.

Acara dimulai dengan bacaan DOA oleh Ustaz Zannuri dan diikuti ucapan HARI KANAK-KANAK oleh Ketua Pelajar,adik Nurul Athifah bt Mad Norizan. Tuan guru besar SKTI,Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail pula tampil dengan ucapan beliau dan diikuti oleh YDP PIBG SKTI,Encik Fadhil.

Upacara penyampaian cenderamata kepada pengawas-pengawas sekolah,pengawas-pengawas ICT dan PSS serta ketua-ketua dan penolong-penolong ketua kelas telah disempurnakan oleh guru besar SKTI,Tuan Haji Othman Ariff bin Ismail dan PK 1,Puan Noor Azian bt Zaim.

Manakala PK HEM,Puan Maison bt Mohd Rafie pula telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Hari Perkhemahan Kokurikulum Tahun 6.Piala Kelas Terbersih telah disampaikan oleh PK Kokurikulum,Encik Mohd Kahar bin Soam. Pelajar-pelajar yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada hari ini juga telah dihadiahi kek HARI LAHIR oleh pihak sekolah dan disampaikan oleh Encik Mohd Kahar bin Soam selaku PK Kokurikulum SKTI.

Sebaik sahaja upacara penyampaian kek tamat,murid-murid beratur untuk balik ke kelas masing-masing untuk menjamah juadah yang disediakan oleh guru kelas masing-masing.

Meriah sungguh sambutan HARI KANAK-KANAK tahun ini.PIBG telah bermurah hati untuk SPONSOR ais kerim kon kepada setiap murid dan guru.Alhamdulillah.



Wednesday, November 4, 2009

Berani Mengaku Kesalahan - Puncak Tertinggi Taubat






Berdasarkan sedikit pengalaman hidup, sebenarnya tidak mudah bagi kebanyakan orang untuk mengaku kesalahan yang dilakukan. Sama ada kesalahan itu dengan manusia atau kesalahan itu dengan Allah swt. Sebab itu antara akhlak terpuji yang diajar oleh seorang guru kepada muridnya atau seorang bapa terhadap anaknya ialah berani mengakui kesalahan.
Berani mengaku kesalahan mempunyai kedudukan yang mulia dalam Islam. Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku dengan dosanya kemudian bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya”. (hadis riwayat Bukhori, Muslim dan Ahmad).

Bahkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai “penghulu istighfar” terdapat lafaz pengakuan hamba kepada Allah swt mengenai dosa yang dilakukan dan kemudian barulah diikuti dengan memohon keampunan daripada Allah swt.

Oleh kerana mengakui kesalahan itu sukar, marilah kita mula berlatih mengakui kesalahan kita samada kesalahan dengan makhluk atau kesalahan dengan Allah swt. jika kesalahan dgn makhluk, ada dua keadaan:

1) Kesalahan berhubung dengan darah seperti mencederakan, atau berhubung denga harta seperti mencuri. Ia perlu diselesaikan dengan makhluk tersebut seperti memohon kemaafan dan memulangkan harta yang dicuri dengan cara yang paling bijaksana agar tidak menimbulkan kerosakan baru.

2) Kesalahan seperti mengumpat dan fitnah. Beberapa ulama seperti Imam Syafi’ie mensyaratkan supaya meminta maaf daripada orang yang diumpat atau difitnah. Namun Ibnu Qayyim mentarjih pandangan yang mengatakan tidak perlu minta maaf secara terus kepada orang yang diumpat atau difitnah kerana ditakuti akan menimbulkan kerosakan baru. (seperti putusnya silaturrahim).

Namun, si “pelaku kesalahan” perlu memperbaiki umpatan atau fitnah yang dilakukan dengan menceritakan kebaikan orang tersebut bagi menutup umpatan/fitnah yang telah dibuat, memohon istighfar untuk orang tersebut pada kadar dosa mengumpat/fitnah yang dilakukan dan melakukan kebaikan bagi pihak orang yg diumpat/fitnah, juga sebagai jalan untuk membersihkan kesalahannya. Selepas itu barulah disertai dengan taubat kepada Allah terhadap kesalahannya mengumpat/fitnah terhadap orang tersebut.

Dengan demikian hubungan si pelaku kesalahan dengan orang yg diumpat/fitnah kekal baik dan ini menepati maqasid syarak.

Penulis sendiri cenderung kepada pandangan Ibnu Qayyim dalam masalah ini.

Wallahu A’lam. Moga kita semua berjaya. Ameen.


Oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin
ahmad@mmu.edu.my

Dari blog ISMA Pulau Pinang





Wednesday, October 28, 2009

Dakwah untuk semua


Dakwah adalah tujuan hidup terbesar bagi seorang mu’min. Dakwah bukan hanya menyeru manusia untuk solat 5 waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji sahaja. Dakwah juga tidak hanya terhad dalam menyeru manusia kepada aktiviti-aktiviti kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran sahaja, tetapi makna dakwah adalah dalam mengajak manusia seluruhnya untuk bebas daripada perhambaan sesama manusia dan menjadikan sistem Allah yang sempurna sebagai satu-satunya cara hidup bagi manusia seluruhnya.

Dakwah bukanlah hanya milik ustaz-ustaz lulusan Azhar, imam-imam dan AJK masjid, aktivis NGO Islam, dan badan-badan agama sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab bagi setiap muslim. Setiap muslim yang faham akan agamanya tidak perlu merasa malu untuk menerangkan tentang kebaikan Islam dengan apa jua cara sekalipun. Dakwah tidak hanya terhad setakat berceramah, berusrah, berqiamullail dan aktiviti-aktiviti masjid sahaja, dakwah adalah mengajar manusia tentang kesempurnaan Islam dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Setiap muslim boleh melakukan dakwah dengan cara masing-masing dan kemahiran masing-masing yang tersendiri. Ada yang mahir berkata-kata, berdakwahlah dengan lisan; ada yang mahir menulis, berdakwahlah dengan penulisan cerpen, syair, novel atau apa sahaja; ada yang mahir melukis, hasilkanlah karya-karya komik Islam yang membimbing manusia ke arah kebenaran; ada yang mahir dalam Adobe Photoshop, Flash atau 3D Max, berdakwahlah dengan kemahiran seni animasi yang dikurniakan; ada yang mahir bersosial melalui Facebook, Friendster, Twitter, Blogspot dan sebagainya, gunakanlah wasilah itu sebaiknya untuk dakwah; ada yang mahir bersukan, gunakanlah kemahiran sukan untuk dakwah.

Dakwah tidak semestinya dengan kata-kata atau penulisan sahaja, dakwah juga boleh hadir dalam akhlak yang baik di padang bola, teladan yang baik di laman Facebook, pakaian yang menutup aurat ketika bersosial, memelihara waktu solat ketika mesyuarat, lagu-lagu yang mengajak manusia kepada Tuhan dan seribu macam lagi kepelbagaian dakwah dalam segenap aspek kehidupan manusia.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk” (An Nahl: 125-126).

Dakwah adalah milik semua dan untuk semua, tunggu apa lagi, jom berdakwah!

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif,
Biro Belia ISMA Kedah
Sumber: Blog ISMA Kedah


Tuesday, October 27, 2009

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Tanggal 26 OKTOBER 2009, mencatat sejarah SKTI,bilamana PK Kokurikulum,Puan Noor Azizah bt Baharum secara rasminya memulakan tugas baru beliau sebagai PK HEM di SRK Methodist Tanjung Rambutan.

Puan Noor Azizah bt Baharum telah bertugas di SKTI sejak tahun 1991 dan bermakna telah 18 tahun beliau bertugas di SKTI sebagai guru Bahasa Inggeris.Beliau dilantik sebagai PK Kokurikulum pada tahun 2008. Banyak jasa yang telah beliau taburkan di SKTI dalam mempertingkatkan prestasi Bahasa Inggeris serta dalam bidang kokurikulum(permainan dan olahraga)

Semoga beliau berbahagia dengan tugas baru beliau dan akan bertambah cemerlang dalam karier pada masa depan.Insya-Allah.


……………………………………………………………………………………….


Kekosongan jawatan PK Kokurikulum SKTI telah diisi secara rasminya pada tarikh yang sama,oleh PK Kokurikulum yang baru iaitu Encik Kahar dari SK Kerincing,Perak.

"AHLAN WA SAHLAN YA ENCIK KAHAR"

Kami,warga SKTI mengalu-alukan kedatangan Encik Kahar ke SKTI dan akan senantiasa bekerjasama dengan beliau dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.

Semoga kedatangan Encik Kahar ke SKTI akan membuka ERA BARU dalam bidang kokurikulum di SKTI..Insya-Allah.

Belajar Memaafkan Orang Lain





“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.

Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:
“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)


dicopy paste dari artikel

Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com





BAGAIMANA MENGHARGAI PERASAAN ORANG LAIN



Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain?

Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”.

Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’ telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

Sebagaimana firman Allah:

“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. ( Surah Aali- Imran ayat 159 )

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,” dan sebagainya. Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan keresahannya.


dicopypaste dari:

fitrahpower.com


Thursday, October 15, 2009

Kelebihan Orang Yang Membaca,Mendengar al-Quran dan Berzikir


• Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

• Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

• Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

• Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

• Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah

• Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.

• Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.



DICOPY PASTEkan dari blog SALAM PERJUANGAN

http://asshafiee.blogspot.com/2009/10/faedah-kepada-orang-berselawat.html

FAEDAH KEPADA ORANG BERSELAWAT



1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.

2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.

3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.

6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.

10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.

12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.

13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.

14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.

15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.

16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.

17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.


DICOPY PASTEkan dari blog SALAM PERJUANGAN

http://asshafiee.blogspot.com/2009/10/faedah-kepada-orang-berselawat.html



Wednesday, October 14, 2009

HARI KOKURIKULUM

aktiviti-aktiviti selepas pukul 10 pagi














Aktiviti-aktiviti dari pukul 8 pagi hingga 9.30 pagi








Sehari selepas Perkhemahan Tahun 6,Hari Kokurikulum telah dijalankan pada hari berikutnya yang melibatkan semua pelajar Tahap 1 dan 2.Selepas perhimpunan di adakan di tapak perhimpuan,pelajar diberi arahan untuk berbaris ke padang untuk acara sukaneka mengambil tempat bagi Tahap 1.Manakala Tahap 2 pula terlibat dengan pertandingan bola sepak,bola tampar dan bola jaring.

Bagi pelajar Tahun 6,pertandingan menyediakan sarapan pagi antara khemah(kumpulan) dijalankan serentak dengan pertandingan bolasepak,bola tampar,bola jaring dan sukaneka Tahap 1.

Selepas rehat,Tahap 1 berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah kokurikulum yang disampaikan oleh Ustaz Mazran.Menarik sungguh ceramah beliau kerana ia diselang-seli dengan permaian/aktiviti KBKK yang merangsang minda pelajar.
Ia juga disusuli dengan KUIZ SPONTAN yang dikendalikan oleh Ustaz Mazran dan Ustazah Zuhaida.Pelajar Tahap 1 nampak begitu berminat dan tekun mendengar ceramah yang disampaikan..Alhamdulillah..

Selepas sesi ceramah,aktiviti pertandingan mewarna pula diadakan di dewan.Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang dan saguhati bagi setiap penyertaan.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh PK HEM,Puan Maison bt mohd Rafie..

Manakala bagi pelajar Tahap 2 pula menyertai pertandingan Gubahan,Kuiz Subjek TERAS ..hadiah-hadiah juga disampaikan sebaik sahaja pertandingan selesai..

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers