Tuesday, June 30, 2009

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER : Penjagaan Laptop



Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda:


* Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
* Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

* Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.

* Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

* Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
* Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

* Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
* Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
baca selanjutnya..[+]

Monday, June 29, 2009

AHLAN WA SAHLAN …… YA USTAZ MAZRAN, Berbahagialah berkhidmat di SK Tasek.….


Suara azan sayup-sayup kedengaran, Menusuk qalbu laungan yang gemersek, AHLAN WA SAHLAN …… YA USTAZ MAZRAN, Berbahagialah berkhidmat di SK Tasek.….

Selasa,22 Jamadil Akhir bersamaan 16 JUN 2009,warga SKTI…menerima khabar gembira….dengan kehadiran Ustaz Ahmad Mazran bin Zainuddin ,GPI dari Sabah yang baru dihantar berkhidmat di sini.ALHAMDULILLAH….

Ustaz Ahmad Mazran bin Zainuddin,dilahirkan 30 tahun yang lalu,berasal dari Pahang Darul Makmur adalah seorang GPI(Guru Pendidikan Islam)berkelulusan Diploma Pendidikan Islam beropsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.Isteri beliau juga seorang guru yang bertugas di Sungai Rapat Perak Mereka dikurniai seorang cahayamata. yang baru menjangkau usia 7 bulan

Karier beliau sebagai seorang USTAZ bermula di SK ST Anthony ,Penampang, Sabah pada Januari 2005 hingga Jun 2009 iaitu selama 4 tahun setengah. Dengan berkat kesabaran beliau mengharungi pelbagai ujian dan dugaan serta rintangan ketika berjauhan dengan isteri dan keluarga tersayang selama 4 tahun maka dengan izin dan RAHMAT dari Allah,beliau dapat pulang ke pangkuan isteri dan anak dan keluarga tercinta setelah permohonan pertukaran beliau diluluskan awal bulan JUN. Alhamdulillah…Walaupun begitu, rasa sebak dan sedih tetap tidak dapat dielakkan apabila berpisah dengan rakan sejawat yang sudah diumpamakan seperti keluarga sendiri selama berada di negeri di bawah bayu tersebut.

Kehadiran Ustaz Ahmad Mazran ke SKTI ,seumpama pucuk dicita ulam mendatang ,menampung kekurangan tenaga pengajar Pendidikan Agama Islam di sini. Semoga Ustaz Ahmad Mazran bergembira menjadi warga SKTI .Disamping itu bersama-sama berusaha membimbing murid-murid SKTI ke arah kecemerlangan diri untuk mencapai kesejahteraan di dunia menuju akhirat. INSYA-ALLAH.
Baca selanjutnya .. ..

Sunday, June 28, 2009

“STRES!!! STRES!!!STRES!!!....TENSION!!!TENSION!!!TENSION!!! FUH…..”

Begitulah ungkapan yang seringkali diucapkan apabila kita berhadapan dengan lambakan kerja yang mengatasi kemampuan,pelbagai masalah luaran dan dalaman diri……..

STRESS??????

Apakah stress???
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang . Ia juga disebut sebagai TEKANAN .


STRES /TEKANAN ITU UJIAN ALLAH S.W.T
Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin)




Apakah punca utama penyebab stres?

• Biologikal
o Apabila badan anda tidak sihat
o Contoh: kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran, dan lain-lain)
• Pemikiran negatif
o Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rational secara tersendirinya mengundang perasaan tertekan
• Tingkah laku
o Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres
• Suasana sosial
o Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stres
o Contoh: Perselisihan di sekolah atau di rumah

KESAN TEKANAN
POSITIF

 Sumber motivasi diri
 Perubahan positif
 Kecemerlangan diri
 Kuat berusaha

Persaingan
NEGATIF

 Prestasi menurun
 Resah gelisah
 Hilang kesabaran diri
 Rasa bersalah
 Rendah diri
 Pesimis dan sensitif
 Hilang pertimbangan diri

KAEDAH MENANGANI STRES…………

Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini.

• 1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.
Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.

• 2. Berzikir dan beribadahlah dengan khusyuk.
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

• 3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.
Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

• 4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)
Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.
Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

• 5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Semoga setelah membaca PANDUAN dari Dr. Danial ini STRES kita dapat berkurangan atau menjadi SIFAR dengan izinNya. Insya-Allah


baca selanjutnya

Wednesday, June 24, 2009

MUAT TURUN : ePelaporan j-QAF 2009

..........................................................................................

* Pengumpulan data j-QAF PPD kinta Utara pada :
Tarikh : 7 julai 2009
MASA :

Tuesday, June 23, 2009

GAME:Who Wants to be A Milionaire


MUAT TURUN : PENDIDIKAN ISLAM

..........................................................

HURAIAN SUKATAN
...............................................
...........................................................

KOLEKSI SOALAN
.................................................................

.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................

BAHAN BANTU MENGAJAR
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................




Sunday, June 21, 2009

PRO& KONTRA - BI dijadikan syarat lulus SPM

Oleh : KP B.Inggeris SKTI

Belum pun reda isu PPSMI,timbul pula isu BI dijadikan syarat lulus SPM..

Ada pro dan kontra mengenai isu yang baru ditimbulkan.Tak kira ke mana jua kita pergi,tak terlepas dari pendengaran kita,isu tersebut diperkatakan samada oleh golongan intelek maupun sebaliknya. Media cetak,eletronik dan internet juga ligat memainkan peranan mengekploitasi isu tersebut.

Bagi penerima maklumat yang ‘BERMINDA TERBUKA’(open minded) tak kira samada dari golongan elit,profesional atau tidak sudah tentu dapat memahami matlamat jangkapanjang cadangan tersebut dan seterusnya menerima baik BI sebagai syarat lulus SPM.Bagi yang mmasih samar-samar mengenai matlamatnya samada telah menerima maklumat yang kurang lengkap konsep sebenar tentu tak senang duduk.Apa-apa pun penerimaan individu terhadap isu ,tetap dihormati kerana setiap individu berhak menyuarakan pandangan.

Bagi pendapat peribadi saya,apa-apa jua ilmu yang bermanfaat untuk kehiduapan selagi ia tidak bercanggah dengan perintah Allah,adalah langkah yang terbijak untuk menuntutnya. Marilah kita renungkan beberapa petikan ayat al-Quran dan hadis sahih berkenaan menuntut ilmu:-

Ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran memerintah manusia supaya

membaca yang maksudnya menuntut ilmu, sebagaimana firman Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(al-Alaq – ayat 1-4)

Dari ayat ini jelaslah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam,

Rasulullah s.a.w juga menegaskan dalam sabdanya yang bererti

“Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi

(mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada al-Quran

pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun”.

Dalam Hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda madsudnya

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk

dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,

sehinggalah ia kembali".

Menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kedua-duanya

adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan akhirat..

Semoga dapat kita sama-sama merenung dan menghayati hasrat pihak yang berwajib dalam pelaksanaan apa-apa jua bentuk program yang tidak terkeluar dari landasan yang telah Allah tetapkan serta memberi komitmen yang dapat member kesejahteraan dan manfaat bersama dalam kehidupan di hari muka.


baca selanjutnya

Friday, June 19, 2009

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER - simptom komputer dijangkiti virus

Perkara yang paling penting untuk anda lakukan adalah memiliki perisian antivirus yang sentiasa dikemaskinikan maklumat virusnya dalam komputer anda. Dengan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat. Manusia menjadi begitu pintar. Boleh dikatakan hampir setiap hari pelbagai jenis virus komputer yang hebat telah dicipta. Oleh kerana itu, sekadar memiliki perisian antivirus adalah tidak mencukupi.

Pihak pengeluar antivirus perlu membina perisian yang mampu untuk mencegah virus dari menyerang komputer anda. Disamping itu, mereka perlu mengemaskinikan maklumat virus yang berada dalam komputer anda. Untuk itu, adalah penting untuk anda mempunyai capain ke internet dan mengemaskinikan pangkalan maklumat virus tersebut.

Namun, ramai antara kita yang tidak mengendahkan perkara ini dan akibatnya komputer mereka dijangkiti virus.

Tanda-tanda komputer dijangkiti virus

1. Komputer Menjadi Perlahan. Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.


2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka. Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya.

3. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.


4. Folder Option Hilang. Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.


5. Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.


6. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang. Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.


7. Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.


8. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah. Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.


9. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus. Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

( http://promote5.blogspirit.com)

baca selanjutnya

Tuesday, June 16, 2009

AHLAN WASAHLAN..Selamat Bertugas di S.K.T.I

S.K.T.I. telah menerima seorang guru j-QAF baru(ambilan 2005),Ustazah Suryati Hanum bt Hashim pada tanggal 15 JUN 2009. Beliau telah menggantikan tempat Ustazah Mazlina yang telah berpindah ke S.K. tangkak Muar Johor yang juga merupakan sekolah akhir beliau.Masing-masing bertukar suka sama suka mengikut pasangan masing-masing. Alhamdulillah.

Ustazah Suryati Hanum dilahirkan 29 tahun lalu di Muar,Johor. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 bulan dan sekarang menetap di Kampung Manjoi bersama anak dan suami tercinta yang juga seorang guru j-QAF.

Ustazah Suryati lulusan UIA(Universiti Islam Antarabangsa) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam merupakan guru j-QAF beropsyen Bahasa Arab keluaran Institusi Perguruan Batu Pahat,mula bertugas di S.K. Tangkak sejak tahun 2005 hingga bulan Mei 2009.

Kedatangan beliau ke S.K.T.I. amatlah di alu-alukan oleh warga S.K.T.I. untuk menyambung tugas Ustazah Mazlina,mengembelengkan tenaga bersama guru-guru j-QAF dan GPI untuk memperlengkapkan diri murid-murid dengan ilmu pendidikan Islam serta mempertingkatkan penghayatan Islami dan seterusnya memantapkan aqidah di kalangan murid-murid.Insya-Allah.

baca selanjutnya

Saturday, June 13, 2009

SAAT MENDEBARKAN!!!UPSR menghampiri mencengkam perasaan…

Pejam celik …pejam celik…dah masuk bulan Jun.Masa begitu pantas sekali berputar..nampaknya tak sampai 3 bulan lagi UPSR bakal menjelang tiba.Begitu juga perasaan ‘IBU` dan ‘AYAH’ kepada murid-murid Tahun 6. Apatahlah lagi IBU dan AYAH sebenar mereka..Mesti perasaan gemuruh semacam dan gementar jugak (mungkin anak yang pertama menduduki UPSR)apabila mendapati anak-anak masih belum betul-betul bersedia menghadapi ujian BESAR ini.


‘IBU’ dan ‘AYAH’ memang gerun memikirkan,tahap persediaan anak-anak masih tidak menepati target.Apatah lagi terngiang-ngiang di telinga…’Tahun ni peratus LULUS kena dipertingkatkan!!!...Peratus mendapat 5A mesti cuba dipertingkatkan!!! Kenalpasti subjek yang menjadi penyebab /punca kemerosotan TARGET!!! Dan macam-macam lagi…yang tak tertanggung oleh minda untuk mengingatinya.’ Mungkin ini SUARA HATI atau SUARA MINDA…yang akan sedaya upaya diusahakan setakat kemampuan diri.

Terharu sungguh dengan sambutan murid-murid terhadap KELAS TAMBAHAN serta bengkel TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR BAHASA INGGERIS PAPER 1 dan PAPER 2 yang memberangsangkan itu walaupun ia diadakan pada minggu pertama cuti persekolahan. Komitmen yang diberikan oleh murid-murid dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi .


Patutlah ada orang kata…` kalau murid-murid nak periksa UPSR,guru-guru akan jadi tak keruan..makan tak berapa nak kenyang,tidur pun tak berapa nak lena,duduk tak kena dan berdiri pun tak kena` dan rasa-rasa macam banyak benda yang belum dibereskan..begitulah manusia agaknya.


Biar apa-apa pun kerisauan yang melanda di hati,dan dipanjatkan doa kepada Allah agar diperitingkat ibadat murid-murid kami, diterangi hati mereka, dan dikurniai sifat rajin berusaha tanpa jemu dan dipermudahkan segala urusan serta dipermudahkan mereka ketika menjawab semua soalan ujian ketika UPSR. Dan bagi guru-guru yang mengajar kelas UPSR, kami senantiasa akan membimbing murid-murid kami satakat yang mampu agar mereka Berjaya dalam peperiksaan.Amin.

LADAP

Seperti biasa, pada setiap musim cuti persekolahan , LADAP akan diadakan. Pada 1.6.2009 lalu, guru-guru bahasa Inggeris yang telah menghadiri kursus ICTL (Information and Communication Technology Literacy) Tahap 1telah mengadakan kursus dalaman kepada semua guru termasuk guru-guru j-QAF.

Pengisian LADAP ini amat menyeronokkan sekali serta bermanfaat bukan sahaja kepada guru-guru bahasa Inggeris malah untuk semua guru termasuk j-QAF. Program yang terdapat dalam CD ICTL tahun 3 itu merangkumi aktiviti dari tahun 1 hingga 3. Jadi , guru-guru boleh menggunakan program yang ada untuk diaplikasikan semasa P & P dan I mampu mempertingkatkan minat murid-murid untuk belajar. Insyaallah.
Pada 2.6.2009 pula, pengisian LADAP ialah berkaitan Pengurusan Panitia yang disampaikan oleh Penolong Kanan 1 manakala Bengkel Kaedah Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2(Penulisan) pula disampaikan oleh guru yang terlibat dalam pemeriksaan Kertas 2(Penulisan) UPSR. Segala ilmu yang disampaikan banyak membantu guru-guru bahasa Melayu khasnya.Alhamdulillah.

Semoga ilmu yang diperolehi daripada LADAP dapat diaplikasikan dalam P & P. Dengan optimisnya diharapkan agar penguasaan ilmu dalam kalangan murid-murid dapat dipertingkatkan dari masa ke masa dan jarak pemisah pencapaian antara kelas-kelas yang telah sedia diklasifikasikan mengikut tahap pencapaian tidak akan nampak ketara.
Objektif para guru akan tercapai sekiranya para murid meperlihat anjakan paradigm terhadap budaya pembelajaran dan member respons positif terhadap setiap pengajaran yang disampaikan oleh para guru. Insyaallah.

Thursday, June 4, 2009

MUAT TURUN : PENDIDIKAN MORAL

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
> Tahun 1

MUAT TURUN : ICTL

Lesson Plan Year 1
Lesson Plan Year 2
Lesson Plan Year 3

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers