Sunday, November 21, 2010

Majlis BERKHATAN BERAMAI-RAMAI anjuran P.I.B.G.






PIBG S.K.T.I. telah menganjurkan majlis Berkhatan Beramai-ramai sempena cuti persekolahan yang panjang ini.Alhamdulillah majlis telsah berlangsung dengan jayanya atas kerjasama para ibubapa dan guru-guru.

Aktiviti PERARAKAN para peserta diiringi paluan kompang sekeliling kampung telah diadakan.Mereka juga di bawa membonceng MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI oleh KUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI di sekitar kampong Tasek..Sejurus selesai upacara membonceng motosikal,mereka diMANDIkan oleh pasukan BOMPA IPOH dengan pancutan air yang deras...tampak betapa gembiranya mereka tatkala itu...

Sebaik selesai sahaja upacara MANDI beramai-ramai,mereka dipersiapkan diri oleh ibubapa masing-masing untuk upacara BERKHATAN....

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah SEMESTER AKHIR 2010 bermula..


Cuti sekolah semester akhir 2010 telah bermula hari ini.Tuan Guru Besar telah berpesan kepada murid-murid agar menjaga keselamatan diri dan mengulangkaji pelajaran ketika musim cuti persekolahan yang panjang ini serta memanfaatkan masa dengan bijak .

Tuesday, November 16, 2010

Monday, November 15, 2010

'ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA' DARI PPD


ALHAMDULILLAH & TAHNIAH kepada SKTI di atas penerimaan ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA dari PPD kerana peningkatan pencapaian dalam UPSR 2010.

Anugerah itu disampaikan kepada Guru Besar SKTI,Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail oleh Penyelia Kokurikulum Kinta Utara,Encik Mohd Ramli bin Mohd Baki semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi(Isnin).

Wednesday, November 10, 2010

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers