Saturday, October 23, 2010

Semua anak dilahirkan " GENIUS"









Tahukah sahabat-sahabat bahawa anak-anak kita adalah sememangnya pandai. Bukan setakat pandai, malah mereka adalah genius. Tidak kiralah samada mereka cemerlang atau tidak di dalam peperiksaan, inilah hakikat yang harus kita terima:

“SEMUA ANAK DILAHIRKAN GENIUS”


Maha besarnya kuasa Allah swt yang telah melahirkan semua anak dengan kebijaksanaan. Ya, SEMUA….Seeemua anak! Tidak kiralah, mak ayah nya genius atau pun tidak, setiap anak yang lahir ke muka bumi ini, Allah swt telah anugerahkan dengan genius yang tersendiri.

Ada anak, Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam membaca dan menulis. Maka, anak-anak seperti ini, jika diberikan buku dan dinilai dengan kertas peperiksaan, insyaAllah berjaya. Oleh sebab, memang genius nya terdapat dalam bidang tersebut.
Ada pula anak yang Allah swt telah berikan dia ke-genius-an dalam nombor. Maka, anak-anak seperti ini, jika disuruh jawab beratus-ratus soalan matematik sekalipun, pejam mata pun dah boleh score

Ada pula anak yang Allah swt berikan dia ke-genius-an dalam bidang yang melibatkan aktiviti fizikal, seperti sukan, mekanik dan memasak. Untuk anak seperti ini, mereka tidak boleh belajar dengan hanya membaca. Mereka akan lebih cepat belajar dengan cara melakukan sesuatu (learn by doing atau disebut sebagai hands on learning). Jika disuruh membaca mungkin mereka tak mahu, tetapi, jika disuruh bersukan, dialah nombor satu!

Maka dengan itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa, untuk mengenalpasti, apakah jenis genius yang ada dalam diri anak-anak kita. Kerana setiap anak dilahirkan dengan genius yang berbeza, meskipun mereka lahir daripada ibubapa yang sama.

Selepas kita dapat mengenalpasti apakah jenis genius anak kita, maka bermulalah proses pemeliharaan genius tadi dengan “mengeluarkan“, “membina“dan “menjana” ke-genius-an yang telah dijadikan oleh Allah swt dalam diri anak-anak kita.
Oleh sebab, setiap genius adalah berbeza, maka proses “pemeliharaan” setiap genius juga adalah berbeza.

Anak yang genius dalam membaca dan menulis boleh belajar ber-jam-jam dengan membaca sahaja. Tetapi, bagi anak-anak yang genius secara fizikal, jika disuruh duduk membaca buku sahaja (tanpa sebarang aktiviti atau pergerakan) dia akan cepat bosan. Kerana dia bukan genius dalam bidang membaca, tetapi dia genius apabila dapat melakukan pergerakan.

Sistem penilaian sekolah kita pada hari ini hanya menghargai mereka yang genius dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Seandainya, anak kita tidak termasuk dalam genius di bahagian ini, kita seharusnya memberikan sokongan yang padu kepada bidang geniusnya, dengan melibatkan dia dengan seberapa banyak aktiviti yang dapat membina dan menjana genius yang telah ada dalam dirinya.

Apabila anak-anak disokong untuk belajar dalam bidang yang disukainya, maka dia sendiri akan menemui genius yang ada dalam diri mereka, dan insyaAllah, mereka akan berjaya.

Adalah sangat penting untuk kita memastikan anak kita terus aktif dalam bidang yang disukainya , kerana jati diri @ self-esteem anak kita akan terus bertahan dan kuat selagi mana dia berusaha untuk memantapkan genius yang ada dalam dirinya.

Pokoknya, kita sebagai ibubapa seharusnya BERSYUKUR dengan apa sahaja bentuk genius yang Allah swt telah anugerahkan kepada anak-anak kita. Hargailah genius yang mereka ada dan gunakanlah genius tersebut untuk menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah

SUMBER:http://anakkusoleh.com/

Saturday, October 16, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN " IBADAH HAJI"



Warga SKTI mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI kepada Penolong Kanan Pentadbiran Puan Nor Azian bt Zaim dan suami.Semoga dipermudahkan segala kerja melakukan ibadah HAJI sepanjang berada di MEKAH dan MADINAH. dan Semoga memperoleh HAJI MABRUR.InsyaALLAH...Kami juga doakan agar Puan Nor Azian dan suami dikurniai kesihatan yang baik ketika berada di sana dan selamat pulang ke tanah air setelah selesai mengerjakan ibadah HAJI dengan selamat..

Sunday, October 3, 2010

BAHAYA PENYAKIT TAKABUR.





RASULULLAH SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda bertanya, "Mengapa kamu berkumpul di sini?" Sahabat menjawab, "Ya Rasulullah, ini ada orang gila sedang mengamuk. Sebab itu kami berkumpul disini."

Rasulullah bersabda :

"Orang ini bukan gila. Ia sedang dapat musibah. Tahukah kamu,siapakah orang gila yang sebenar
(al-majnun haqqal majnun?)"

Para Sahabat menjawab, "Tidak ya Rasulullah."

Baginda menjelaskan, "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap akan syurga Tuhan sambil membuat maksiat, yang kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya. Adapun orang ini, dia hanya sedang mendapat musibah saja."

AKAL YANG TIDAK BERFUNGSI.

Orang gila (majnun) berakar kata 'jannat', ertinya menutupi. Dia masih mempunyai akal, tetapi akalnya sudah tidak berfungsi atau tertutupi oleh kemahuannya yang tidak terkawal dan hawa nafsunya yang sungguh aneh. Orang seperti ini tidak dianggap 'gila' oleh Rasulullah, melainkan sedang ditimpa penyakit (musibah). Justeru yang disebut 'majnun' oleh Nabi adalah orang takbur, sombong, biadap, yang perbuatannya merugikan merugikan orang lain, manakala kebaikannya tidak memberi manfaat sedikit pun.

Orang gila yang terkena gangguan saraf hanyalah orang yang menderita 'mubtala' (musibah), orang yang sedang sakit. Orang sakit perlu dikasihani, dibantu dan diubati. Majnun yang sebenar dan sangat berbahaya ialah 'takbur', iaitu penyakit warisan IBLIS.

Rasullullah SAW bersabda kepada Abu Dzar: "Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dalam keadaan hatinya ada sebesar debu sahaja dari sifat takbur, ia tidak akan cium bau syurga, kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya".

Rasullullah bertanya kepada Abu Dzar : "Bagaimana perasaan hatimu?"

Abu Dzar: "Aku dapati hatiku mengenal kebenaran dan tenteram didalamnya".

Rasulullah SAW: "Yang demikian itu tidak termasuk takbur. Takbur itu meninggalkan kebenaran dan kamu mengambil selain kebenaran. Kamu melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu..."

KESALAHAN UTAMA.

Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah kesombongan. Ini adalah sifat syaitan yang mencorakkan kejahatan dan pembangkangan kepada Allah. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan kesombongan.

Tercelanya takbur ini dijelaskan oleh Rasulullah bahawa tiada akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawa dari takbur (sombong). Dan tiada akan masuk neraka orang yang ada didalam hatinya seberat biji sawi dari iman.

Daripada Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bahawa orang-orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam bentuk semut kecil, yang diinjak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka di sisi Allah Ta'ala.

Oleh itu Nabi sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada sifat takbur dan sombong.

Malahan Rasulullah menyebutkan bahawa penyakit gila yang sebenar adalah takbur. Sebab ia membinasakan semua amalan yang dilakukan oleh orang yang menghidap penyakit takbur ini.

Seterusnya kita dapat meneliti sendiri apakah sifat 'takbur' ada didalam diri kita. Bila gejala tidak
sihat ini memahat diri kita, ianya cukup untuk mengheret kita kepada penyakit 'gila' yang sebenar,
MAJNUN HAQQAL MAJNUN.

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers