Sunday, September 27, 2009

Friday, September 18, 2009

SALAM EIDUL FITRI




Assalamualaikum para pengunjung blog...

Di kesempatan ini,saya,mewakili warga SKTI ingin mengucapkan 'SALAM EIDUL FITRI' kepada semua pengunjung blog ini..Semoga berbahagia di hari lebaran disamping keluarga TERCINTA ...

Bagi yang pulang beraya di kampung halaman masing-masing terutama yang jauh dari tempat kediaman,berhati-hatilah ketika di jalanraya.....pandulah dengan cermat .Semoga sampai ke destinasi dengan selamat..Insya-Allah.

MAAF DZAHIR & BATHIN

Thursday, September 17, 2009

MAJLIS PENUTUPAN 'IHYA RAMADHAN'














Majlis PENUTUPAN IHYA RAMADHAN telah selamat disempurnakan oleh Guru Besar SKTI,Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail dengan jayanya.Alhamdulillah..

Kemuncak IHYA RAMADHAN ialah majlis KHATAM Al-Quran,oleh murid-murid Tahun 6 diketuai oleh Ustaz Mazran.Selesai sahaja majlis KHATAM Al-Quran,Ustaz Zool Amri telah menyampaikan TAZKIRAH bertajuk Amalan sunat pada pagi Syawal..

Upacara penyampaian SUMBANGAN RAYA kepada pelajar yatim/yatim piatu oleh Tuan Hj Othman Ariff bin Ismail dijalankan dalam suasana yang agak sebak dan pilu sebaik sahaja tazkirah berakhir.Penghargaan juga turut diberikan kepada peserta tadarus Al-Quran yang berupa cenderahati.

Tuan Haji Othman Ariff bin Ismail,turut berpesan kepada muri-murid agar menjaga keselamatan diri ketika menjalani cuti Raya yang panjang(10 hari) dan mengelakkan dari melakukan perbuatan yang merbahaya seperti bermain mercun dan s ebagainya.

Setelah upacara di dewan tamat,murid-murid dibariskan di luar dewan,di sepanjang kaki lima menuju ke 'laluan pulang' untuk diberi peluang 'BERSALAM-SALAMAN dan MEMBERI UCAPAN HARI RAYA' kepada guru-guru dan kakitangan sekolah.Sementara itu para guru dan kakitangan sekolah telah sedia menunggu dalam barisan.Suasana sebak dan pilu menyelubungi JIWA kami ketika bersalaman tatkala lagu Hari Raya berkumandang di udara..Teringat 'orang yang telah pergi' serta ibubapa serta sanak saudara yang berada jauh di perantauan.









Sunday, September 13, 2009

MALAM LAILATUL-QADAR



MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "



Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:


Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:



Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah

keampunan-Mu untukku. "




Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tuesday, September 8, 2009

UPSR…2009….SUDAH BERMULA…………

Saat yang dinanti-nantikan tiba jua akhirnya….UPSR 2009 telah bermula pagi ini…Calon-calon UPSR berbaris dengan setianya sambil khusyu' mendengar AMANAT & ARAHAN Setiausaha Peperiksaan.

Tampak bergaya calon-calon UPSR tahun ini!!! Lain dari tahun-tahun sebelumnya.. Mereka dalam keadaan BERTOPENG…sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah dari dijangkiti virus H1N1…'Molek suguh gitu' kata orang Kelantan..

Keperihatinan JPN Perak terhadap kesihatan calon-calon UPSR amatlah dihargai.Calon-calon dibekalkan sebanyak 3 keping TOPENG KESIHATAN sepanjang tempoh 3 hari peperiksaan dijalankan.Alhamdulillah. Pengawas-pengawas peperiksaan UPSR juga turut dibekalkan 3 eping topeng kesihatan untuk dipakai pada hari-hari peperiksaan dijalankan. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak yang perihatin.

Semoga semua calon dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan tenang dan tenteram serta dalam keadaan selamat tanpa merasa risau dengan virus H1N1 yang sedang menular dalam negara kita .Semoga ALLAH senantiasa memelihara mereka serta melapangkan dada dan fikiran mereka..ketika menjawab segala soalan.Insya-Allah ..

Pesanan untuk calon-calon..BUAT SEHABIS BAIK serta semak jawapan dengan teliti agar tidak membuat CARELESS MISTAKES..

Tuesday, September 1, 2009

MUAT TURUN

Buletin Ramadhan-bil 1


PERNGERTIAN PUASA
Puasa ialah : menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari.

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Bermukim – tidak dalam musafir
5. Kuat atau mampu mengerjakan puasa

RUKUN PUASA
1. Niat
Perlu berniat setiap malam sebelum terbit fajar pada malam pertama untuk sebulan dalam bulan Ramadhan. Sekiranya terlupa untuk berniat puasa sebulan pada malam pertama, hendaklah berniat setiap hari sebelum terbit fajar.

Lafat niat puasa :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لله تَعَالَى
Ertinya : Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Menahan diri dari makan dan minum , disamping meninggalkan segala hal yang membatalkan puasa dari terbit Fajar hingga terbenam matahari.


SUNAT-SUNAT PUASA

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa :
1. Makan sahur serta melambatkannya.
2. Menyegerakan berpuasa dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air.
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa.
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat baik.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Keluar air mani dengan sengaja di siang hari
2. Bersetubuh di siang hari
3. mabuk
4. Tidak sedarkan diri
5. Bersalin
6. Muntah dengan sengaja
7. Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan
8. murtad
9. haid/nifas
10. makan/minum,

DOA BUKA PUASA

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ertinya : Ya Allah. keranaMu aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan dengan rezekiMu aku berbuka dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.


Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers