Friday, July 17, 2009

Kari Ayam Special

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 ekor ayam dipotong 12 (untuk lebih sedap,guna ayam yang baru disembelih)

2 peket rempah kari daging/ayam(yang kecil)

3 biji tomato(dibelah 4)

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

3 cm halia

Sedikit bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga

4 biiji cili hijau dibelah dua

2 helai daun pandan

ranting daun kari(jangan buang rantingnye)

Garam secukup rasa

1 senduk kecil minyak masak

1 cawan air

5 biji ubi kentang dibelah 4 atau 6

CARA MEMASAKNYA

1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.

2. Tumbuk bawang besar,bawang putih dan halia sedikit

3. Panaskan periuk dan masukkan 1 senduk minyak

4. Campurkan rempah daging dengan 1 cawan air

5. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

6. Masukkan buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis

7. Masukkan daun kari dan daun pandan

8. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi

9. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan air tadi

10. Kacau dan biarkan mendidih kemudian masukkan ayam

11. Masukkan cili hijau

12. Masukkan ubi kentang

13. Tutup periuk dan biarkan ayam dan ubi empuk

14. Masukkan garam secukup rasa

15. Sesekali kacau gulai untuk mengelak rempah kering dan melekat di periuk

16. Bila ayam dan ubi sudah empuk,tutuplah api.

17. Gulai ayam sudah siap untuk dihidangkan

Thursday, July 16, 2009

RENUNGAN UNTUK MUSLIMAT

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tampa hisab
----------------------------------------------------------------------

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


Rasulullah SAW bersabda:
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkhawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas khawin).

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristiferlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia

Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yan bukan fardu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu (suami mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka ia."
Read More

Wednesday, July 8, 2009

SEANDAINYA AL-QURAN BISA BERBICARA...




SATU PERINGATAN........ Yang Pernah Dialami oleh seorang “Penggali Kubur..”

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya.

Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua,

aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?

" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?

" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.

Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini ..
forwardkan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda…Mudah-mudahan amalan baikyang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak…Amin.


Ihsan /Taiping
Mac 2005


Sunday, July 5, 2009

“MARAH”….”GERAM”…..”SAKIT HATI”….

Begitulah perasaan kita.sebagai pendidik apabila berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar yang TEGAR samada di dalam atau di luar bilik darjah. Adakalanya ‘suasana’ persekitaran yang bercelaru juga boleh menyumbangkan kepada gangguan emosi kita..yang menyebabkan kita MARAH. Walauapapun,kita ,sebagai pendidik seharusnya bijak menguruskan EMOSI agar tidak mudah terjerumus ke dalam API KEMARAHAN . Allah senantiasa menguji kita dengan pelbagai UJIAN yang membolehkan kesabaran kita tercalar..Mudah-mudahan kita semua dapat melepasi segala UJIAN itu dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Insya-Allah.

Apakah itu marah?

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kenapa KITA merasa marah?

Kita akan terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang kita benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.

Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan kita untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. .
Bagaimana cara kita menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah kita. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah kesan marah kepada kita?

Marah akan mendorong kita bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang lain, termasuk diri sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan dan juga dapat menjejaskan kesihatan.Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:

• Bersifat negatif
• Suka mengkritik
• Bersifat mengejek/ Suka menyindir
• Bersifat ganas


PERASAAN MARAH BOLEH DI ATASI DENGAN MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH ISLAMIK BERIKUT:-

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

SENAMAN untuk menenangkan diri dapat membantu menguruskan kemarahan
Kita boleh menenangkan diri kita dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman kita:

• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot
• Kenal pasti pemikiran yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah

Mudah-mudahan kita dapat menguruskan emosi kita dengan bijak sekiranya pada bila-bila masa tercetusnya satu situasi PANAS yang mencabar kesabaran dan keimanan kita..Pada Allah jua tempat kita mengadu dan memohon petunjuk,pertolongan dan perlindungan dari GODAAN syaitan dan iblis..Allah senantiasa membantu hamba-hambaNya..Insya-Allah
bacaan lanjut

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers