Begitulah perasaan kita.sebagai pendidik apabila berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar yang TEGAR samada di dalam atau di luar bilik darjah. Adakalanya ‘suasana’ persekitaran yang bercelaru juga boleh menyumbangkan kepada gangguan emosi kita..yang menyebabkan kita MARAH. Walauapapun,kita ,sebagai pendidik seharusnya bijak menguruskan EMOSI agar tidak mudah terjerumus ke dalam API KEMARAHAN . Allah senantiasa menguji kita dengan pelbagai UJIAN yang membolehkan kesabaran kita tercalar..Mudah-mudahan kita semua dapat melepasi segala UJIAN itu dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Insya-Allah.
Apakah itu marah?
Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.
MENAHAN MARAH
Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kenapa KITA merasa marah?
Kita akan terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang kita benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.
Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan kita untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. .
Bagaimana cara kita menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah kita. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.
Apakah kesan marah kepada kita?
Marah akan mendorong kita bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang lain, termasuk diri sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan dan juga dapat menjejaskan kesihatan.Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
• Bersifat negatif
• Suka mengkritik
• Bersifat mengejek/ Suka menyindir
• Bersifat ganas
PERASAAN MARAH BOLEH DI ATASI DENGAN MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH ISLAMIK BERIKUT:-
1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)
Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)
SENAMAN untuk menenangkan diri dapat membantu menguruskan kemarahan
Kita boleh menenangkan diri kita dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman kita:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot
• Kenal pasti pemikiran yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah
Mudah-mudahan kita dapat menguruskan emosi kita dengan bijak sekiranya pada bila-bila masa tercetusnya satu situasi PANAS yang mencabar kesabaran dan keimanan kita..Pada Allah jua tempat kita mengadu dan memohon petunjuk,pertolongan dan perlindungan dari GODAAN syaitan dan iblis..Allah senantiasa membantu hamba-hambaNya..Insya-Allah
bacaan lanjut
No comments:
Post a Comment