Friday, January 22, 2010

MAJLIS PENUTUPAN 'PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2010'








"Program Transisi Tahun 1' 2010 telah berakhir dengan jayanya setelah 3 minggu dilaksanakan sejak 4 JANUARI 2010..Alhamdulillah..

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan peralihan (transisi) kepada pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan sesuai dengan kesinambungan ko-kurikulum prasekolah ke tahun satu serta memperkenalkan suasana pembelajaran di dalam persekolahan formal secara berperingkat. Selain itu, ianya juga dapat menyedarkan murid-murid tentang perbezaan peraturan prasekolah dan peraturan sekolah di tahun satu .

'Majlis Penutupan' 'Program Transisi' telah disempurnakan oleh Puan Noor Azian bt Zaim,selaku Penolong Kanan Pentadbiran S K T I . Ia disusuli dengan upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan sukaneka,quiz setiap subjek serta pertandingan mewarna bendera Malaysia dan Negeri Perak dan disempurnakan oleh Encik Kahar selaku Penolong Kanan Kokurikulum SKTI.

Suasana amat meriah sekali ketika majlis penyampaian hadiah berlangsung dan tampak gembira sekali murid-murid tatkala menerima hadiah masing-masing.Diharapkan suasana pembelajaran selepas ini akan bertambah memberangsangkan lagi.


No comments:

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers