Monday, August 10, 2009

IHTIFAL j-QAF 2009:Usaha Tangga Kejayaan...

Berakhirlah sudah Ihtifal j-QAF peringkat zon ……. Setelah berusaha dengan GIGIH serta menjalani sesi latihan yang intensif, pasukan sekolah yang terdiri dari kumpulan Kalam Jamaie,Kuiz Bahasa Arab dan tilawah lelaki dan perempuan menunjukkan PENINGKATAN yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas.

SYABAS dan TAHNIAH kepada jurulatih merangkap pembimbing yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menunaikan amanah dan
tanggungjawab melatih pasukan sekolah.Komitmen yang diberikan oleh para peserta serta semangat yang ditunjukkan amatlah membanggakan dan mengharukan.Alhamdulillah



Melalui post mortem yang dibuat memang terdapat beberapa aspek yang perlu dimurnikan demi mempertingkatkan prestasi pada masa akan datang. Insya-Allah. Keberangkaliannya sekiranya pelaksanaan Bahasa Arab 5 waktu seminggu dapat direalisaasikan sepertimana yang diwar-warkan satu masa dulu,pemantopan penguasaan bahasa Arab komunikasi ,bacaan dan penulisan di kalangan pelajar akan terserlah terutamanya dalam Kalam
Jamaie..Kemungkinan juga loghat kemelayuan pelajar dapat diserapkan menjadi kearaban..






















1 comment:

tice said...

assalamualaikum...

Alhamdulillah KEJAYAAN yg diperolehi hasil USAHASAMA milik kita semua..Insya-ALLAH...2010 menjanjikan kejayaan yg lebih CEMERLANG...melalui penguabsuaian STRATEGIES...

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers