Sunday, May 31, 2009

SELAMAT BERPISAH DAN BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Tarikh 5 Jamadul Akhir bersamaan 29 MEI 2009 merupakan hari terakhir Ustazah Mazlina menjadi guru di SKTI..Ini adalah kerana beliau akan berpindah dan bertugas di Johor mengikut suami tercinta. Berkat kesabaran beliau selama 5 tahun menuggu saat bahagia ini setelah melalui pelbagai dugaan dan ujian ,akhirnya Allah telah mengabulkan doa dan hasrat beliau dan suami. Mulai semester ke 2 sesi persekolahan beliau akan mula bertugas di sekolah yang baru.. Pemergian beliau diraikan dalam satu majlis jamuan tengahari dalam suasana yang amat MENGHARUKAN tapi meriah.

Ustazah Mazlina bt Othman seorang guru j-QAF ambilan 2005 mula berkhidmat di SKTI sebagai guru j-QAF(P.I.) pada bulan Februari tahun 2005. Kini genaplah 5 tahun usia perkhidmatan dan jasa bakti beliau di SKTI.Beliau mengajar murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 dalam subjek Pendidikan Islam. Kesungguhan dan semangatnya yang tinggi serta tak kenal erti jemu dalam mendidik murid-murid amatlah dihargai.

Sebagai salah seorang guru penasihat Puteri Islam,Kelab Pendidikan Islam dan Pasukan Bolasepak,beliau telah banyak menyumbang tenaga dan ILMU kepada murid-murid dari segi pemantapan aqidah serta kemahiran bermain bola sepak.

Penglibatan beliau dalam membimbing murid-murid dalam kelas TASMIK,KLAQ(kem literasi al-Quran),KBS(kem bestari solat),jurulatih QUIZ untuk Karnival Ihtifal j-QAF sepanjang bertugas di SKTI amatlah dihargai.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggung jawab dan berjiwa penyayang dan senantiasa peka serta keperihatinannya terhadap kebajikan dan perkembangan semasa murid-murid mebuatkan beliau senantiasa disayangi murid-murid.

Sebagai seorang sahabat,belaiu amat disenangi dikalangan warga SKTI. Sikap beliau yang peramah, toleransi dan pemurah membuatkan kami warga SKTI berasa akan ‘KEHILANGAN’ seorang sahabat yang sejati .

Kami berdoa agar kehidupan Ustazah akan bertambah lebih baik dan karier ustazah akan lebih berkembang dan lebih MANTOP ketika bertugas di sekolah baru. Segala peristiwa pahit,manis,suka dan duka ketika ustazah berada di sini diharapkan dapat diabadikan dalam kenangan. Semoga ukhwah yang terjaliin antara kita akan kekal ke akhirat nanti.Insyaallah.

Dipohon kemaafan sekiranya di antara kita ada tercetus ‘pertelingkahan’ yang membawa kepada ketidakselesaan. Semoga semua ini dapat dipadamkan terus dari sanubari .

No comments:

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers