Friday, June 18, 2010

Pakatan antara SYAITAN + IBLIS

Syaitan dan Iblis zaman dahulu sampai sekarang dah jadi kawan karib manusia. Di zaman IT, syaitan dan Iblis pun dah takut dekat manusia. Dia dilaknat oleh Allah SWT dan dibuang dari syurga kerana satu kesalahan sahaja kerana tidak mahu sujud pada Adam. Tetapi dia berkawan dengan manusia dia jadi sedar, subuh-subuh pagi kawan manusia ni tak sembahyang subuh, sedap tidur lena, masuk waktu zuhur pun tak sembahyang, pergi makan tengahari.

Masuk waktu asar pun kawan manusia sibuk dengan kerja sampai terlupa nak sembahyang. Makin risau Iblis. Tergugat juga untuk berkawan dengan manusia ni. Tiba waktu maghrib pun sama tak sembahyang masih rehat tengok TV Astro. Sampai masuk waktu insya pun tak sembahyang, sibuk dengan kawan-kawan di facebook pula.

Semakin risau Iblis, jadi tak senang duduk. Iblis pun fikir. Dulu aku cuma melakukan satu kesalahan saja sudah dilaknat oleh Allah SWT. Tetapi kawan aku manusia ni sudah melakukan lima kesalahan masih tidak takut dilaknat oleh Allah SWT. Dia ni lebih jahat dari aku. Baik aku pun lari meninggalkan kawan manusia ni. Iblis pun cari kawan manusia baru. Mungkin anda pula.

Syaitan telah mengadakan pakatan iblis. Di awal ucapannya, syaitan berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka, biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"

Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "

Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari.
Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.

Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.

Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!

Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa

Sumber:http://simaas.blogspot.com/

Saturday, June 5, 2010

Pertolongan dari ALLAH

PERTOLONGAN yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti),dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 61)

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang dihadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untukmenyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling baik selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.

Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.

Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya, bagaimana agar kita ditolong oleh Allah? Jawapanya ada didalam Al-Quran, surah Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud ”Barangsiapayang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya.Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu”

Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada di dalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan dan keredaan dari Allah SWT, bukan memohon pertolongan dari kuasa-kuasa lain kerana dibimbangi akan menjadikan kita tergolong ke dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa terhadap sesuatu dan akan menolong hamba-hamba-Nya yang mengharapkan pertolongan daripada-Nya. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya

1. Mencintai Masjid
Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

2. Solat Tahajud
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan Allah.

3. Rajin Bersedekah
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

4. Bantu Orang Lain
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

5. Banyak berselawat
Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk," (Surah An-Nahl Ayat 125)

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7) “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)



”Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”(Ath Thalaq:2) ”Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya.”(Ath Thalaq:4)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al Baqarah : 214) ”Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang – orang yang beriman.”

Sunday, May 23, 2010

MENJAGA 'LIDAH'

Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam al-Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta.” (al-Hajj: 30)

Peribahasa lama Melayu menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut (lidah) badan binasa” memberikan satu ingatan yang tegas.

Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya Iebih bersopan. Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada Si pembohong itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Malah tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah “syirik” menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua ibu dan ayah. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah, Rasulullah menjelaskan: Mensekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya (ada lagi) iaitu perkataan dusta.” (Muttafaq ‘Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia.

Buah fikirannya akan tetap harum semerbak malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun dituangkannya lebih setengah abad lalu. Katanya:

“Sesekali bukan merdeka seorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dan fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang busuk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang.”

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong. Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 30)

lngatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran menerusi dua buah hadis yang bermaksud:

“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dengan barat.” (Riwayat Muslim)

“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)

Daripada Muaz, katanya, Rasulullah s.a.w memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda (yang bermaksud):

“Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin, bertafakur memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki-hamun orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! lngatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang terang secara terang.” (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafik mengenai isterinya yang paling dicintai dikatakan telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan Aisyah daripada tuduhan yang hina itu menerusi wahyunya dalam surah an-Nur, ayat 11 hingga 23.

lnilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafik dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudaratannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam.

Sunday, May 16, 2010

PIBG 16.05.2010 DALAM INGATAN..HARI INI DLAAM SEJARAH!!!

Terharu sekali dengan SAMBUTAN HARI GURU yang dianjurkan oleh PIBG S.K.T.I. yang diadakan julung kalinya.....


Paluan kompang oleh kumpulan kompang KPG SRI KELEBANG  yang mengalunkan zikir dan ber SELAWAT mengiringi guru-guru S.K.T.I. yang diarak meriah dengan bunga manggar melalui KPG TASEK menambah  lagi kesayuan dan keterharuan di hati.


Terima Kasih kepada pihak PIBG yang bukan sahaja meraikan kami guru-guru dalam acara perarakan malah,mengaturkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bolasepak,bola jaring,gubahan dan masakan. antara guru-guru dan ibubapa..Bukan satakat itu sahaja,malah kami diraikan dalam JAMUAN ISTIMEWA...termasuk warga SKTI serta ibubapa...yang tak pernah dibayangkan sebelum ini...Alhamdulillah..Semoga perhubungan silatulrahim antara kita semua akan bertambah kukuh  senantiasa..InsyaAllah


Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers