Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Makan Malam Tahun 6..










Pada malam Perkhemahan ...acara kemuncaknya ialah MAKAN MALAM..Beranika jenis juadah yang LAZAT-LAZAT disediakan oleh para guru yang bergotong royong memasak dalam suasana yang tak terucapkan...(GEMBIRA & bahagia)...ALHAMDULILLAH...

PERKHEMAHAN TAHUN 6......







Alhamdulillah...perkhemahan Tahun 6 telah berakhir dengan jayanya dengan menyimpan seribu kenangan bagi pelajar-pelajar tahun 6...Tahun hadapan mungkin ada yang akan BERPISAH meneruskan haluan(pengajian) masing-masing di sekolah lain...

Seronok nampak mereka semasa berCAMPING pada Jumaat lepas..Keseronokan yang tak pernah dikecapi bersama sepanjang tahun 2009 kerana masing-masing dok sibuk dengan kelas tambahan dan persiapan untuk UPSR....Mungkin debaran menunggu keputusan akan terasa tak lama lagi menjelang keputusan UPSR tak lama lagi..

Mudah-mudahan segala kepenatan dan USAHA gigih mereka akan terbayar dengan KEJAYAAN CEMERLANG..Insya-Allah

Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA.......simple TETAPI meriah.....











jamuan Hari raya diadakan pada hari RABU bersamaan 7 OKTOBER lalu pada masa REHAT..(30 minit sahaja)Walaupun masa jamuan singkat,sederhana.simple tetapi ia amat meriah sekali...

Jamuan diadakan di kelas masing-masing serentak.Pelbagai jenis juadah yang ISTIMEWA disediakan oleh guru-guru kelas dan ditokok tambah dengan kuih-muih yang dibawa oleh murid-murid...ALHAMDULILLAH....

Tuesday, October 6, 2009

TAHNIAH......!!!!!!!







Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 iaitu Mohd Aidil Firdaus bin Mustafa Kamal, Tengku Hazwan Ifwat bin Tengku Harizam dan Muhammad Afiq bin Muhammad Azuan yang mewakili SKTI dalam Pertandingan Robotik sempena Pameran SAINTEK 2009 yang diadakan di STADIUM INDERA MULIA pada hari Sabtu bersamaan 3 OKTOBER 2009. Mereka telah meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Saturday, October 3, 2009

PAMERAN SAINTEK

Murid-murid Tahun 6 dibawa melawat Pameran Sains, Teknologi dan Angkasa Perak Saintek bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh .

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers