Tuesday, June 30, 2009

TIPS PENJAGAAN KOMPUTER : Penjagaan Laptop



Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga suda mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda:


* Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
* Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

* Untuk menjadikan bateri lebih tahan,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas.Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.

* Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)

* Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
* Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.

* Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
* Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
baca selanjutnya..[+]

Monday, June 29, 2009

AHLAN WA SAHLAN …… YA USTAZ MAZRAN, Berbahagialah berkhidmat di SK Tasek.….


Suara azan sayup-sayup kedengaran, Menusuk qalbu laungan yang gemersek, AHLAN WA SAHLAN …… YA USTAZ MAZRAN, Berbahagialah berkhidmat di SK Tasek.….

Selasa,22 Jamadil Akhir bersamaan 16 JUN 2009,warga SKTI…menerima khabar gembira….dengan kehadiran Ustaz Ahmad Mazran bin Zainuddin ,GPI dari Sabah yang baru dihantar berkhidmat di sini.ALHAMDULILLAH….

Ustaz Ahmad Mazran bin Zainuddin,dilahirkan 30 tahun yang lalu,berasal dari Pahang Darul Makmur adalah seorang GPI(Guru Pendidikan Islam)berkelulusan Diploma Pendidikan Islam beropsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.Isteri beliau juga seorang guru yang bertugas di Sungai Rapat Perak Mereka dikurniai seorang cahayamata. yang baru menjangkau usia 7 bulan

Karier beliau sebagai seorang USTAZ bermula di SK ST Anthony ,Penampang, Sabah pada Januari 2005 hingga Jun 2009 iaitu selama 4 tahun setengah. Dengan berkat kesabaran beliau mengharungi pelbagai ujian dan dugaan serta rintangan ketika berjauhan dengan isteri dan keluarga tersayang selama 4 tahun maka dengan izin dan RAHMAT dari Allah,beliau dapat pulang ke pangkuan isteri dan anak dan keluarga tercinta setelah permohonan pertukaran beliau diluluskan awal bulan JUN. Alhamdulillah…Walaupun begitu, rasa sebak dan sedih tetap tidak dapat dielakkan apabila berpisah dengan rakan sejawat yang sudah diumpamakan seperti keluarga sendiri selama berada di negeri di bawah bayu tersebut.

Kehadiran Ustaz Ahmad Mazran ke SKTI ,seumpama pucuk dicita ulam mendatang ,menampung kekurangan tenaga pengajar Pendidikan Agama Islam di sini. Semoga Ustaz Ahmad Mazran bergembira menjadi warga SKTI .Disamping itu bersama-sama berusaha membimbing murid-murid SKTI ke arah kecemerlangan diri untuk mencapai kesejahteraan di dunia menuju akhirat. INSYA-ALLAH.
Baca selanjutnya .. ..

Sunday, June 28, 2009

“STRES!!! STRES!!!STRES!!!....TENSION!!!TENSION!!!TENSION!!! FUH…..”

Begitulah ungkapan yang seringkali diucapkan apabila kita berhadapan dengan lambakan kerja yang mengatasi kemampuan,pelbagai masalah luaran dan dalaman diri……..

STRESS??????

Apakah stress???
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang . Ia juga disebut sebagai TEKANAN .


STRES /TEKANAN ITU UJIAN ALLAH S.W.T
Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin)




Apakah punca utama penyebab stres?

• Biologikal
o Apabila badan anda tidak sihat
o Contoh: kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria (penglihatan, pendengaran, dan lain-lain)
• Pemikiran negatif
o Takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rational secara tersendirinya mengundang perasaan tertekan
• Tingkah laku
o Tingkah laku anda yang suka berjalan cepat, bercakap dengan nada kuat dan berfikiran tidak rasional boleh mengakibatkan stres
• Suasana sosial
o Orang di sekeliling anda boleh menyebabkan stres
o Contoh: Perselisihan di sekolah atau di rumah

KESAN TEKANAN
POSITIF

 Sumber motivasi diri
 Perubahan positif
 Kecemerlangan diri
 Kuat berusaha

Persaingan
NEGATIF

 Prestasi menurun
 Resah gelisah
 Hilang kesabaran diri
 Rasa bersalah
 Rendah diri
 Pesimis dan sensitif
 Hilang pertimbangan diri

KAEDAH MENANGANI STRES…………

Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda?
Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini.

• 1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.
Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.

• 2. Berzikir dan beribadahlah dengan khusyuk.
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.
Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)
Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”
Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

• 3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.
Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

• 4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.
Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)
Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.
Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

• 5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Semoga setelah membaca PANDUAN dari Dr. Danial ini STRES kita dapat berkurangan atau menjadi SIFAR dengan izinNya. Insya-Allah


baca selanjutnya

Wednesday, June 24, 2009

MUAT TURUN : ePelaporan j-QAF 2009

..........................................................................................

* Pengumpulan data j-QAF PPD kinta Utara pada :
Tarikh : 7 julai 2009
MASA :

Tuesday, June 23, 2009

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers