Monday, August 23, 2010

WUDHU’ & DZIKIR UBAT MUJARAB KAWAL KEMARAHAN



MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata:

“Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:
“Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.
Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.
Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud:

“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.
Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

SUMBER:http://nurjeehan.hadithuna.com/

Penghayatan BULAN RAMADHAN yang MULIA



ALHAMDULILLAH.....Dah masuk hari ke 13 kita menjalani dan menyempurnakan ibadah PUASA....Sempena bulan RAMADHAN yang MULIA ini,Panitia AGAMA ISLAM telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada peningkatan ibadah dan penghayatan bulan yang penuh keberkatan ini..

Aktiviti-aktivitinya adalah:

1. TAZKIRAH pada perhimpunan pagi ISNIN & JUMAAT oleh guru-guru PAI & ARABIC
2. TADARUS AL-QURAN oleh warga SKTI serta pelajar.
3. Sesi BACAAN buku-buku ilmiah dan agama pada waktu rehat>PROGRAM NILAM+PAI
4. Majlis BERBUKA PUASA dan SOLAT HAJAT
5. Majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar miskin dan anak yatim.
6. Majlis Khatam al-Quran.

Semoga bulan RAMADHAN tahun ini membawa KEBERKATAN yang berlipatganda dari tahun-tahun yang lepas.InsyaALLAH....Semoga kita semua merebut peluang ke arah penemuan dengan malam LAILATUL QADAR dengan mempertingkatkan IBADAH menjelang malam-malam terakhir RAMADHAN...

Friday, August 6, 2010

Persediaan Menghadapi RAMADHAN


الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?

Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini:

IMAN

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


ILMU

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

DAKWAH

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

KELUARGA

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

KEAZAMAN

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

JIHAD

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


sumber:ISMA(MESIR)

Thursday, August 5, 2010

menanti kedatangan RAMADHAN




Kurang seminggu saja lagi,SYAABAN akan berlalu pergi dan kedatangan RAMADHAN dinanti-nantikan...Masa berlalu begitu cepat sekali seperti lintasan kilat di langit…Ye..begitu juga dengan usia kita,semakin hari semakin ‘MUDA’….Mudah-mudahan sepanjang tahun 2010 ni telah banyak amalan positif yang telah kita laksanakan..InsyaALLAH..

Tazkirah

Blog.cekapkomputer.com

My Blog List

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan pelajaran Perak

upikintautara - Home

Followers